NAMA atlet cantik tenpin boling negara, Natasha Mohamed Roslan terus menjadi bualan ramai selepas mengharumkan Malaysia dengan pencapaian yang diraih olehnya.
Bukan sahaja dalam negara malah nama Natasha juga terkenal di seantero negara selepas kejayaan meraih pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait pada Oktober lalu.
Dalam pada itu, menjelang Kejohanan Thailand International Open 2024 di Bangkok, Thailand bermula 21 Julai sehingga 3 Ogos, Natasha dilihat sudah cukup bersedia untuk sekali lagi melakar kejayaan peribadinya.
BACA LAGI: Lakar sejarah sendiri, Natasha fokus sasaran baharu di Thailand Open dan Asian Championships
BACA LAGI: 'Antara penyumbang pingat terbesar Malaysia', Natasha mahu kembalikan era kegemilangan sukan boling
Natasha berjaya merangkul emas dalam Kejohanan Boling Dunia di Kuwait. — Instagram/natasharosaln_
"Saya focus on tajamkan lagi game saya and focus on nutrition and recovery saya, so saya fresh masa main Thailand Open nanti," katanya kepada Majoriti.
Walaupun Natasha kini bergelar juara dunia, atlet cantik itu bagaimanapun enggan berasa selesa dengan pencapaian tersebut.
"Tips saya jangan rasa selesa, sentiasa rasa macam ada benda nak improve dan pastikan apa yang kita buat lagi better dari sebelumnya," jelasnya.
Natasha mengakui masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki olehnya dalam mengekalkan gelaran tersebut.
"Seperti orang lain saya juga mempunyai kelemahan sendiri yang mana ada kalanya agak sukar untuk melawan rasa malas pada hari tertentu ketika tengah slow atau rasa berat.
"Tapi sebab nak jadi champions kena buat dan lawan juga, yang penting konsisten," ujarnya.
Atlet tenpin boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2023. — Instagram/natasharoslan_
Menjelang pertandingan di negara jiran itu, atlet cantik berusia 28 tahun itu mendedahkan bahawa pencabar terdekatnya dalam pertandingan itu merupakan rakan seperjuangannya.
"Sin Li Jane merupakan pencabar terdekat, tapi saya ambil sebagai positive competition. Kita bersaing untuk menjadi lebih baik," jelasnya.
Pada 13 Jun lalu, Natasha dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2023 pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 yang diadakan di Majlis Sukan Negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram