KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo mungkin terlepas aksi di pentas separuh akhir sekiranya dilayangkan kad kuning ketika bertemu Perancis di suku akhir Euro 2024 pada Sabtu.
Ronaldo sebelum ini dilayang kad kuning ketika Portugal tewas 0-2 bertemu Georgia dalam Kumpulan F pada 27 Jun lalu.
Selain Ronaldo, Joao Palhinha, Joao Cancelo, Joao Conceicao, Pedro Neto dan Ruben Neves antara tonggak Portugal yang turut berpotensi mengutip kad kuning kedua.
BACA LAGI: 'Aneh dan kebetulan', calon penaja utama Kedah hairan 'diserbu' Kastam, LHDN berturut-turut
BACA LAGI: [VIDEO] Sabah, Selangor jangan kecewa dahulu, ini 3 'comeback' epik dalam Piala FA
Bukan itu sahaja, Ronaldo turut dilaporkan berisiko dikenakan hukuman penggantungan dan denda.
Ia susulan apabila syarikat kecergasan WHOOP bertindak mengeluarkan data kadar degupan jantung penyerang Al-Nassr itu ketika aksi menentang Slovenia, Selasa lalu.
Susulan itu, Ronaldo didakwa melakukan 'pemasaran serangan hendap' yang mana perkara tersebut melanggar undang-undang UEFA.
Bekas ketua penajaan global di Visa dan Coca Cola, Ricardo Fort mendakwa, ia adalah contoh pemasaran serangan hendap.
Ia berlaku apabila sebuah syarikat cuba mengaitkan produk atau perkhidmatan mereka dengan acara yang sudah mempunyai penaja rasmi.
Sebelum ini, bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner melanggar peraturan berkenaan apabila meraikan gol untuk Denmark dalam saingan Euro 2012 dengan menunjukkan seluar dalam jenama Paddy Power miliknya.
Susulan itu, Bendtner dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan dan denda AS$80,000 bersamaan RM480,000. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram