Isu tunggakan gaji terus membarah, tak mustahil bookie masuk, pemain 'jual game'


  • Podium
  • Khamis, 04 Jul 2024

Masalah gaji masih lagi membelenggu beberapa kelab di Liga Malaysia. — Gambar hiasan

PERMASALAHAN gaji dalam kalangan kelab Liga Malaysia (Liga M) dilihat cukup meruncing. Musim ini saja, terdapat hampir separuh kelab yang mengalami masalah tersebut.

Malangnya, isu tersebut seakan-akan tidak mempunyai jalan penamatnya. Sebaliknya, ia menimbulkan persoalan, adakah ia bakal menjadi lebih teruk?

Timbul persoalan, adakah isu tunggakan gaji yang sering menghambat kelab tempatan akan membuka jalan kepada perkara lebih teruk? Misalnya rasuah.

BACA LAGI: Sri Pahang memang ada masalah gaji, pihak pengurusan sedang usaha sehabis baik — Sumber

BACA LAGI: Masalah gaji kelab Liga Super bukan berpunca dari MFL — Pakar bola sepak

2781229

Sri Pahang antara kelab yang ditimpa masalah gaji.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Dr Zulakbal Abd Karim, dia tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku.

Katanya, apabila pemain sudah tidak menerima gaji untuk satu tempoh yang lama, ia boleh mendorong mereka cuba mendapatkan alternatif termasuklah daripada sumber tidak sepatutnya.

"Saya tidak menolak perkara ini daripada berlaku. Sebagai manusia, bila gaji tak masuk, mereka akan mencari alternatif untuk menampung kehidupan.

"Bila sudah terdesak, ia akan membuka kepada jalan untuk mereka mendekati bookie serta rasuah," kata Zulakbal kepada Majoriti.

Melihat kepada situasi ini, ia dilihat mampu membuka kepada potensi bola sepak Malaysia menjadi seperti episod gelap yang melanda pada 1994.

1015822_530200453683906_1899401242_o

Bola sepak negara pernah dilanda isu rasuah pada 1994.

Zulakbal berpendapat jika ia masalah kewangan kelab Liga M tidak dibendung, ia boleh menuju ke arah itu.

"Jika perkara ini tidak dibendung, ia boleh menjurus kepada peristiwa pahit yang berlaku dalam bola sepak kita pada 1994.

"Jika pihak berkuasa sudah mula masuk campur, pasti akan ada lebih banyak masalah selepas ini," ujar Zulakbal.

Bagi Zulakbal, masalah gaji ini merupakan isu asas yang perlu diselesaikan segera oleh kesemua kelab yang terlibat.

Pada hematnya, bola sepak Malaysia kononnya sudah berada di era profesional tetapi masalah asas masih lagi menghantui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram