Sri Pahang memang ada masalah gaji, pihak pengurusan sedang usaha sehabis baik — Sumber


  • Sukan
  • Rabu, 03 Jul 2024

Sri Pahang kini menjadi pasukan terbaharu mengalami masalah tunggakan gaji.

BELUM memasuki pusingan kedua Liga Super musim ini, isu tunggakan gaji sudah menimpa beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Sebelum ini, beberapa pemain dari kem Sri Pahang memberi petunjuk halus mengenai masalah kewangan skuad Tok Gajah yang berhubung kait dengan tunggakan gaji selepas memuat naik luahan berbentuk sindiran dan gesaan kepada pihak pengurusan.

Kemelut tunggakan gaji yang berlaku dalam kem Sri Pahang telah membimbangkan penyokong kerana ia mampu memberi kesan kepada perjalanan Tok Gajah musim ini.

BACA LAGI: Saya pelik Pahang ada masalah gaji — Gopi Rizqi

BACA LAGI: Dikhabar bermain 5 bulan tak dapat gaji, pengurusan Sri Pahang terus menyepi

Dalam menjawab status tunggakan gaji Sri Pahang, sumber terdekat Majoriti mengesahkan bahawa perkara itu memang sedang membelenggu pasukan daripada Pantai Timur itu.

"Secara jujurnya saya tidak mahu bercakap lebih tentang isu ini.

"Ya, kami (Sri Pahang) memang ada masalah tunggakan gaji seperti semua orang tahu.

"Tapi saya harap mereka (pihak pengurusan) dapat menyelesaikan masalah itu dengan segara.

"Kami juga sedang melakukan persiapan untuk perlawanan seterusnya menentang Negeri Sembilan," katanya kepada Majoriti.

1

Sebelum ini tangkap layar hantaran InstaStory dari pemain Sri Pahang berhubung dakwaan isu gaji.

Sumber itu turut mendedahkan mengalami sedikit kesukaran untuk menjalani rutin harian akibat tunggakan gaji namun mengakui masih mencintai Sri Pahang.

"Ya, ia amat sukar (mengalami tunggakan gaji), tapi kami berharap pihak pengurusan segera selesaikan masalah ini, kerana kelab ini sangat menakjubkan.

"Saya sangat suka dengan kelab ini, penyokong sangat baik walaupun saya tidak tahu puncanya.

"Ya, secara jujurnya saya berharap dapat kekal bersama kelab ini," luahnya.

Sebelum ini, masalah tunggakan gaji Sri Pahang pernah dihebohkan pada April lalu namun ia dianggap hanya alat untuk memporak-perandakan kem Sri Pahang yang ketika itu sedang bersiap untuk saingan Liga Super.

Khabar angin pada April itu mula tersebar apabila laman X, Onefootball.my mengatakan Sri Pahang berdepan isu gaji untuk dua bulan namun ia dianggap sebagai dakwaan semata-mata kerana tiada laporan dibuat pemain mahupun staf pengurusan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram