PENYOKONG Penang FC tampak tidak dapat menahan daripada meluahkan kekecewaan mereka selepas skuad MFL tewas kepada Perak FC II dengan keputusan 0-2 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada Selasa.
Kekecewaan itu dirasai penyokong Penang selepas kesemua peringkat umur Harimau Kumbang tewas termasuklah perlawanan Piala FA menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Jumaat lalu (28 Jun).
Pemain ke-12 itu turut menyeru Pengerusi Lembaga Pengarah Penang FC yang juga Exco Belia, Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Daniel Gooi untuk melakukan sesuatu selepas Harimau Kumbang bermula hambar musim ini.
BACA LAGI: Setaraf produk tempatan, 3 pemain import mungkin tak disedari penyokong Perak
BACA LAGI: Saya pelik Pahang ada masalah gaji — Gopi Rizqi
Luahan di dalam media sosial jelas menunjukkan penyokong sangat terkesan dengan prestasi semasa Penang apatah lagi untuk skuad utama yang mencatatkan tiga seri dan satu kekalahan dalam empat perlawanan terakhir Liga Super.
"Bila nak menang ini? Perlu buat sesuatu YB Daniel Gooi.
"Pasukan Belia kalah dengan AMD B-16(Akademi Mokhtar Dahari Bawah-16) 0-2, Presiden kalah dengan Selangor 1-4, MFL kalah dengan Perak II 0-2, pasukan senior kalah dengan Kedah 0-1," luah Aiman MSuhaimie.
"Baik bubar sahaja pasukan Penang, dari senior sampai junior semua lemah," kata Afza Shahry.
"Cuba pilih pemain dengan cara betul, bukan pakai 'cable' (orang dalam) sahaja, sampai bila nak maju!" dakwa Naim Azril.
"Kalah itu biasa, menang itu luar biasa," jelas Azuawan Jamaluddin.
Rekod kekalahan yang dialami oleh semua peringkat umur Penang menjadi bualan dalam kalangan penyokong meskipun pasukan itu tiada timbul isu masalah tunggakan gaji.
Skuad utama Penang akan melawat negeri jiran, Kedah dengan misi membalas dendam sekali gus layak ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas ketinggalan dengan satu gol menerusi jaringan agregat.
Untuk rekod, Penang telah tewas sebanyak dua kali menentang Kedah pada musim ini dalam perlawanan Liga Super dan Piala FA. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram