[VIDEO] Budak 3 tahun 'terbang' lebih 30 saat lepas terbelit tali layang-layang gergasi


  • Benua
  • Isnin, 01 Jul 2024

Tangkap layar video keadaan kanak-kanak yang diterbangkan oleh layang-layang gergasi.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila tersangkut pada layang-layang dan diterbangkan ke udara selama kira-kira setengah minit dalam kejadian di sebuah festival di Taiwan.

Keterujaan orang ramai melihat layang-layang merah jambu gergasi bertukar menjadi jeritan panik apabila mereka menyedari mangsa yang dikenali sebagai Lin Chih-chien dililit tali layang-layang tersebut di bahagian hujung.

Angin kencang menyebabkan kanak-kanak terbabit 'terbang' selama 31 saat.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika tunggu servis lawan

BACA LAGI: [VIDEO] Teknik staf SNBJ buang air 'ditiru' di stadium Euro 2024

Menerusi video yang tular di laman sosial baru-baru ini, mangsa dapat dilihat berpusing beberapa kali di udara sebelum dia berjaya diselamatkan.

Datuk Bandar Hsinchu berkata, Chih-chien mengalami calar di bahagian wajah dan masih berada dalam keadaan ketakutan dengan insiden yang menimpanya.

"Kerajaan tempatan memohon maaf kepada mangsa dan orang ramai," tulisnya di Facebook.

Seorang saksi, Lin, 34, memberitahu orang ramai membantu mendapatkan semula mangsa apabila tali layang-layang terbang lebih rendah.

Pengunjung di situ sempat merentap tali layang-layang dan cepat-cepat menyelamatkan mangsa daripada terjatuh ke tanah.

Namun begitu, hasil semakan Majoriti mendapati bahawa kejadian tular itu berlaku pada 2020 semasa Festival Layang-Layang Antarabangsa 2020 di Nanliao Harbor di Bandar Hsinchu, Taiwan.

Rakaman itu kembali tular di media sosial meskipun kejadian itu sudah empat tahun berlalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram