Itali kekal setia dengan Spaletti walaupun gagal pertahan takhta kejuaraan Euro


  • Podium
  • Isnin, 01 Jul 2024

Spaletti akan terus kekal membimbing Itali. — Agensi

WALAUPUN gagal membantu Itali mengekalkan kejuaraan Euro yang dimenangi pada edisi 2020, Itali tetap dengan pendirian untuk terus bersama Luciano Spaletti.

Keputusan itu mungkin kelihatan tidak popular selepas Spaletti gagal memastikan trofi dimenangi negara tersebut terus dalam genggaman selepas kalah di pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2024 kepada Switzerland.

Keputusan itu disahkan sendiri oleh ketua FA Itali, Gabriele Gavrina mengenai kedudukan Spaletti pada Ahad.

BACA LAGI: Bawa vibe Paolo Maldini di Euro 2024, bek Itali diburu 5 kelab gergasi

BACA LAGI: Bekas pengurus Man United buat kejutan bawa Austria ke pusingan kalah mati Euro 2024

WhatsApp Image 2024-06-30 at 23.59.39

Pemain Itali kecewa selepas kalah kepada Switzerland. — Agensi

"Spaletti mempunyai kepercayaan penuh kami dan kami akan bergerak ke hadapan bersamanya. Ia adalah tidak masuk akal untuk menukar ketua jurulatih dan menamatkan projek ini.

"Ia adalah satu kekecewaan yang besar. Kami semua bertanggungjawab dan tidak akan abaikan projek yang dimulakan bersama Spaletti," kata Gavrina.

Setakat ini, Spaletti mempunyai rekod sederhana sebagai pengurus Itali. Dalam 14 perlawanan dikendalikannya, skuad Azzuri cuma mencatatkan tujuh kemenangan, empat seri dan tiga kekalahan.

Jumlah kekalahan itu kelihatan sedikit tetapi ia cukup signifikan kerana dua daripadanya berlaku ketika Euro 2024 yang mengakibatkan kejuaraan tidak dapat dipertahankan.

Usai kegagalan di Jerman, tumpuan Spaletti kini tertumpu kepada tugasan membawa Itali ke Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

"Saya belum menjadi Spaletti yang terbaik. Semalam, kita melakukan langkah ke belakang yang tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tahu ada perkara yang perlu dibetulkan. Saya mahu jadikan skuad ini lebih muda dan bermula daripada bawah," ujar Spaletti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram