[VIDEO] Eric Cantona berpuisi sebelum umum Man United dapat semangat 'naga'


  • Podium
  • Isnin, 01 Jul 2024

Jersi baharu United mempunyai logo Snapdragon di depannya. — Manchester United

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengumumkan ketibaan Snapdragon sebagai penaja baharu mereka.

Jenama pemprosesan teknologi itu diperkenalkan sebagai penaja utama bagi jersi skuad lelaki dan wanita United sambil kelab itu memperkenal jersi baharu bagi musim 2024/2025.

Menurut kenyataan dikeluarkan The Red Devils, Snapdragon bakal menghiasi jersi utama, kedua dan ketiga United bagi musim baharu kelak.

BACA LAGI: Southgate tak peduli desakan tukar taktik, bintang Man United jadi sandaran benam Slovakia

BACA LAGI: Bekas pengurus Man United buat kejutan bawa Austria ke pusingan kalah mati Euro 2024

Dalam video pelancaran jersi, dapat dilihat legenda kelab Eric Cantona berpuisi sebelum 'menyerap' masuk semangat naga ke dalam jersi baharu United.

"Ia merupakan perkembangan kepada kerjasama strategik bersama Qualcomm Technologies (syarikat pembangun Snapdragon)," ujar United.

Jersi United dikeluarkan oleh Adidas beberapa minggu sebelum latihan pra-musim baharu kelab itu bermula. Menurut United, jersi tersebut akan dipakai bermula dengan jelajah pra-musim United di Eropah dan Amerika Syarikat.

"Ia akan disarung buat pertama kali oleh skuad utama lelaki semasa pra-musim mereka di Eropah dan Amerika Syarikat, termasuklah berdepan Real Betis di Snapdragon Stadium dalam Snapdragon Cup di San Diego, Amerika Syarikat pada 31 Julai.

Apa yang menarik mengenai jersi baharu United ini adalah terdapat ciri realiti tambahan atau augmented reality (AR) apabila penyokong mengimbas logo Snapdragon pada jersi.

Apabila mengimbas, penyokong dapat mengakses kepada pengalaman berada di padang Old Trafford dan kandungan eksklusif kelab tersebut sepanjang musim.

Tambah United, jersi kedua dan ketiga United akan dilancarkan pada penghujung Julai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram