KELAB Liga Super, Negeri Sembilan FC meluahkan rasa kesal atas apa yang menimpa penyerang, Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada Ahad.
Sebelum ini, Mika di laman Instagramnya mendedahkan dirinya menjadi mangsa ragut hingga kehilangan rantai emas miliknya.
"Mereka baru saja mencuri rantai emas saya di bandaraya Kuala Lumpur menggunakan motosikal.
"Semuanya selamat. Saya harap seseorang memulakan sesuatu untuk menghentikan perkara ini," jelas Mika.
BACA LAGI: KL City ulangi tragedi Kedah, NSFC, PKNS tersingkir awal Piala FA
BACA LAGI: Tiga pemain berdarah Selangor boleh bantu NSFC 'lukakan' Harimau Selatan
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh NSFC, mereka menyatakan segala tindakan yang diperlukan sudah diambil oleh Mika usai diragut individu tidak bertanggungjawab.
Juara Piala Malaysia 2009 itu turut mengecam tindakan tersebut yang merupakan satu perbuatan jenayah.
"Insiden ini telah mengakibatkan kerugian harta benda kepada Mika namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.
"Negeri Sembilan FC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa pelaku ke muka pengadilan," ujar kelab tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram