'Kami bukan kalah 4, 5 gol', Al-Hafiz Harun anggap peluang Penang belum terkubur


  • Podium
  • Selasa, 02 Jul 2024

Al-Hafiz (kiri) idam menjaringkan gol menentang bekas kelabnya iaitu Kedah. — Penang Football Club

'PINTU masih belum tertutup.' Itulah yang digambarkan dalam fikiran para pemain Penang FC mengenai peluang mereka untuk ke separuh akhir Piala FA.

Masih berpeluang untuk mara ke separuh akhir tetapi skuad Akmal Rizal perlu menang dua gol tanpa balas ketika bertemu Kedah Darul Aman FC pada aksi kedua di laman lawan Jumaat ini.

Walaupun tugas sukar menanti apabila beraksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, tetapi buat pemain sayap iaitu Al-Hafiz Harun ia masih boleh dilakukan Harimau Kumbang.

BACA LAGI: Main di Darul Aman sentiasa sukar, bekas GK yakin Penang masih ada peluang cipta kejutan

BACA LAGI: Ketumpulan penyerang kecewakan Penang FC, Sang Kenari bawa bekalan tipis ke Darul Aman

448671755_1023757422598245_7330293715088683133_n

Al-Hafiz Harun.

Menurut Al-Hafiz, keputusan kalah 0-1 di laman sendiri tidak lagi menutup peluang Penang untuk mara. Pada hematnya, Penang tidaklah kalah dengan jaringan besar seperti empat atau lima gol. Oleh itu, peluang mereka masih lagi terbuka.

"Kami kalah 0-1, bukan 0-4 atau 0-5. Kami masih lagi ada peluang dan kami akan lakukan yang terbaik untuk mara ke separuh akhir Piala FA.

"Kami bermain dengan baik, corak permainan juga kemas tetapi penyudah perlu diperbaiki dan itu adalah yang kami hendak lakukan sebelum ke Alor Setar," ujar Al-Hafiz.

Selain berazam untuk membantu Penang meraih kemenangan di tempat lawan, dia juga memasang sasaran peribadi apabila bertemu bekas kelabnya.

Al-Hafiz berhajat untuk menjaringkan gol menentang bekas kelabnya dan menjadi punca kenapa Sang Kenari akan tersungkur di suku akhir.

"Ia adalah satu perkara hebat jika saya berjaya menewaskan bekas majikan saya. Saya bermain untuk Kedah dari 2022 hingga 2023, jadi ia pastinya menarik untuk menewaskan mereka di Alor Setar. Saya mendambakan kemenangan.

"Ia akan menjadi sempurna jika saya juga menjaringkan gol menentang mereka. Saya berangan untuk ia menjadi realiti," kata Al-Hafiz. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram