Main di Darul Aman sentiasa sukar, bekas GK yakin Penang masih ada peluang cipta kejutan


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Penang kecewa gagal tumpaskan Kedah dalam dua percubaan musim ini. — Penang FC

DUA kali berdepan musuh tradisi, bilangan yang sama diterima Penang FC dari segi jumlah kekalahan.

Pada Jumaat, Harimau Kumbang sekali lagi tewas kepada Kedah Darul Aman FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FA yang diadakan di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.

Kekalahan 0-1 dalam aksi Piala FA menyamai keputusan serupa sewaktu Kedah menang dalam tugasan Liga Super di lokasi sama pada 22 Jun.

BACA LAGI: Ketumpulan penyerang kecewakan Penang FC, Sang Kenari bawa bekalan tipis ke Darul Aman

BACA LAGI: Penang FC model terbaik jadi ikutan 4 kelab bergelut isu gaji

449284461_1027828778857776_3738039191317307129_n

Penang kalah dua kali bertemu Kedah di laman sendiri musim ini. — Penang FC

Barisan serangan Penang gagal menyempurnakan sebarang peluang dimiliki mereka apabila beraksi di depan penyokong sendiri dalam kedua-dua perlawanan.

Perkara itu diakui oleh penganalisis bola sepak tempatan, Syed Adney Syed Hussein yang berasakan corak permainan Penang kelihatan menyakinkan.

"Bagi saya persembahan yang meyakinkan (oleh Penang). Malangnya keputusan tidak memihak pada mereka," kata bekas penjaga gol kebangsaan itu kepada Majoriti.

Melihat kepada corak permainanan ditampilkan skuad Akmal Rizal, Adney berpendapat peluang untuk Penang mara ke separuh akhir masih lagi terbuka.

Namun begitu, bekas penjaga gol Malaysia itu tidak menolak kenyataan yang sukar untuk mana-mana kelab memperoleh kemenangan apabila beraksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

"Bermain di Stadium Darul Aman selalu sukar bagi mana-mana kelab. Tetapi ia hanya satu jaringan membezakan antara mereka.

"Penang masih mempunyai harapan untuk ke separuh akhir," ujarnya.

Melihat kepada permasalahan dihadapi Penang, Adney mengakui barisan serangan Harimau Kumbang mengalami isu dari segi konsistensi dalam menterjemah segala peluang.

Kata Adney, Akmal ketika zaman bermainnya adalah penyerang terbaik negara, kini tugas di tangan anak-anak buahnya untuk tampil tajam sepertinya.

"Memang nampak seperti mereka mumpunyai masalah di hadapan gol, tetapi bagi saya jika mereka boleh mencipta peluang seperti ini dengan lebih konsisten, jaringan akan datang. Mereka perlu ambil positif yang mereka sedang mencipta peluang.

"Ketika Akmal bermain dia adalah salah seorang penyerang paling tajam di negara. Dia hanya boleh menunjuk ajar, pemain yang perlu pastikan mereka tajam di hadapan gol," jelas bekas pemain kelahiran Liverpool itu.

Penang berpeluang mengubah nasib mereka sekali gus mara ke separuh akhir Piala FA apabila turun bertemu Kedah dalam aksi kedua di Darul Aman pada 5 Julai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram