Tinggal 5 peratus lagi Faisal Halim akan pulih sepenuhnya


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Faisal (tiga dari kiri) sewaktu kemunculan pertamanya sejak insiden simbah asid. — Selangor FC

TAHAP kesembuhan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim kini menghampiri tahap pulih sepenuhnya.

Memetik laporan Selangor Kini, bapa Faisal, Halim Saad mengatakan tahap kesembuhan Faisal akibat disimbah asid pada Mei lalu kini mencapai 95 peratus.

Menurut Halim, Faisal menunjukkan perkembangan cukup baik dan ia dapat dilihat apabila pemain itu melakukan senaman ringan serta fisioterapi.

BACA LAGI: 'Rela kerja kampung gaji RM50, janji keluarga selamat', Faisal Halim sebak di sidang media

BACA LAGI: Kontrak Faisal Halim hingga 2027 terjamin — Selangor FC

447968102_979286780869717_7870702474919935749_n

Faisal bersemangat untu kembali beraksi secepat mungkin. — Selangor FC

Halim turut berkata yang fokus Faisal terarah kepada untuk kembali bermain bola sepak secepat mungkin.

"Terima kasih kepada pengurusan Selangor FC yang beri sepenuh perhatian kepada dia. Mental dia kuat sebab jiwa dia, jiwa bola.

"Dia pun sudah tak fikir benda lain dan hanya mahu kembali bermain bola," kata Halim.

Semangat dan keazaman Faisal untuk kembali beraksi sememangnya mendapat pujian banyak pihak. Di kala ramai menjangkakan musimnya bersama Selangor kali ini sudah tamat, tetapi bintang Harimau Malaya itu berazam mahu kembali bermain secepat mungkin.

Malah, ketika kali pertama kembali berdepan media sejak insiden tersebut, Faisal menyatakan dia mahu kembali selepas satu atau dua bulan.

Berdasarkan perancangan yang dibuat oleh Selangor, mereka mensasarkan Faisal untuk pulih daripada kecederaannya terlebih dahulu sebelum melakukan persiapan kembali beraksi.

Di atas kertas, masih lagi ada beberapa tahap untuk Faisal lalui sebelum dia boleh kembali berlatih dan beraksi untuk Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram