HINGGA kini, masih terdapat beberapa kelab Liga Super yang mengalami masalah di bahagian pertahanan terutamanya pertahanan tengah.
Permasalahan tersebut boleh dibaiki sekiranya mereka cubas mendapatkan pemain pertahan Iraq iaitu Rebin Sulaka.
Berusia 32 tahun, Sulaka dilepaskan oleh kelab Korea Selatan, FC Seoul dan bebas beraksi dengan mana-mana pasukan selepas ini.
Berpengalaman beraksi di Asia Tenggara bersama Buriram United, pastinya Sulaka tidak asing dengan suhu bola sepak Asia Tenggara dan boleh mencuba nasib bersama beberapa kelab Liga Super.
BACA LAGI: Misi 35K jadi senjata Sabah FC pamer kebangkitan lepas dimalukan Sang Penyu
BACA LAGI: Penyokong Sri Pahang risau mental pemain Tok Gajah tak kuat lawan JDT
Rebin Sulaka bermain untuk FC Seoul selama enam bulan. — Agensi
1. Sri Pahang FC
Satu destinasi yang boleh dituju Sulaka adalah Sri Pahang FC. Kelab Pantai Timur itu dilihat mempunyai permasalahan di bahagian pertahanan.
Masalah tersebut menjadikan Tok Gajah adalah begitu mudah dibolosi pada musim ini. Sebagai rekod, Sri Pahang memboloskan enam gol dalam empat perlawanan liga dan piala setakat ini.
Lebih memeritkan, mereka cuma mencatatkan nirbolos (clean sheet) sebanyak sekali semasa kemenangan berdepan Kelantan Darul Naim FC pada aksi sulung.
Jika mereka ingin membaiki posisi tersebut, eloklah pengurusan Sri Pahang cuba mendapatkan Sulaka kerana ia mungkin dapat meningatkan kekebalan bentang kelab tersebut.
2. Perak FC
Satu lagi destinasi yang boleh dituju adalah Perak FC. Bersama The Bos Gaurus, Sulaka boleh memberikan pilihan lain kepada Yusri Che Lah.
Hal ini kerana, kehadirannya akan menimbulkan persaingan di pertahanan tengah yang posisinya sedang dihuni oleh Jesper Nyholm serta Luiz Motta.
Pasangan pertahanan Perak tersebut bagaimana pun bersifat error-prone dan ia menyumbang kepada sebab gawang The Bos Gaurus memboloskan 10 gol setakat ini.
Jadi, jika mereka mendapatkan Sulaka, ia dapat membantu Perak membaiki kualiti pertahanan mereka yang dilihat cukup rapuh.
Rebin Sulaka melakukan 41 penampilan untuk Iraq. — Agensi
3. Sabah FC
Jika Sri Pahang dan Perak tidak menjadi pilihan Sulaka, dia boleh mempertimbang bagi menyertai Sabah FC.
Sebagai antara kelab utama Liga Super, tawaran Sabah pastinya boleh menarik perhatian Sulaka ditambah terdapat Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali.
Memoboloskan tujuh gol dengan empat hadir ketika berdepan Terengganu FC pada suku akhir pertama Piala FA, ia memberikan isyarat yang Sabah berdepan bahaya apabila berdepan pasukan handalan, mereka terdedah dengan isu gol terlalu mudah dirobek lawan.
Jika Sulaka direkrut, ia boleh memberikan angin baharu buat Sabah di bahagian pertahanan sekali gus membuatkan mereka kembali sukar untuk dibolosi pihak lawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram