BEK tengah Itali, Riccardo Calafiori yang kini sedang mempunyai kempen cemerlang dalam kejohanan Euro 2024 dilaporkan sedang diburu lima kelab gergasi rantau berkenaan menjelang jendela perpindahan musim panas.
Sejak tampil sebagai tonggak utama di bahagian pertahanan skuad Gli Azzuri pada Euro kali ini, pemain berusia 22 tahun berkenaan mendapat liputan meluas apabila gaya permainannya dikatakan mirip legenda Itali, Paolo Maldini.
Calafiori mengharungi musim 2023/2024 dengan cemerlang bersama Bologna apabila dia mendapat kepercayaan untuk tampil dalam 37 aksi bagi semua pertandingan dan membantu pasukannya layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama sejak 1964.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara bosan layan aksi England, penyokong campak cawan ke arah Southgate
BACA LAGI: Lepas Trent dikecam teruk, Southgate pilih bintang buangan Chelsea pula kemudi tengah England
Bologna layak ke pentas tertinggi Eropah selepas pasukan berkenaan menghuni kedudukan kelima Serie A dengan memungut 68 mata selepas beraksi dalam 38 perlawanan.
Prestasi cemerlang itu diteruskan bersama Itali apabila pasukan kendalian Luciano Spalletti memenangi aksi pembukaan menentang Albania sebelum tewas kepada Sepanyol dan kemudian seri bertemu Croatia.
Bukan hanya beraksi dengan cukup baik menjaga benteng pertahanan Itali, Calafiori juga memberikan hantaran bantuan kepada Mattia Zaccagnui untuk gol penyamaan pada minit ke-98 bagi perlawanan menentang Croatia.
Berkat persembahan cemerlang itu, Calafiori menarik minat pasukan seperti Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Tottenham Hotspurs untuk menandatangani pemain berketinggian 1.88 meter itu.
Dilaporkan ketika ini, Juventus dilihat paling terawal memberikan tawaran kepada bek muda itu dengan Spurs turut bersiap sedia untuk meletakkan harga tinggi bagi mendapatkan pemain meningkat naik itu.
Masa depan Jakub Kiwior di kem Arsenal dan pemain Chelsea, Trevoh Chalobah masih samar sama ada kekal bersama kelab atau sebaliknya. Oleh itu, kedua-dua pesaing London itu sedang memburu khidmat Calfiori pada musim depan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram