Kontrak Faisal Halim hingga 2027 terjamin — Selangor FC


  • Podium
  • Khamis, 13 Jun 2024

Penampilan umum pertama Faisal Halim (dua kiri) selepas insiden yang menimpa dirinya pada 5 Mei lalu. — Facebook/Selangorfc

SELANGOR FC memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan status kontrak Faisal Halim atau dikenali dengan panggilan Mickey bersama skuad Gergasi Merah itu hingga penghujung 2027 selamat dan terjamin.

Jaminan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Tambahnya lagi, beliau yakin bahawa Faisal akan kembali bermain bola sepak suatu hari nanti.

BACA LAGI: Mungkin saya perlu berubah jadi sombong — Faisal Halim

BACA LAGI: Saya tak dapat sayang, peluk anak — Faisal Halim

WhatsApp Image 2024-06-13 at 14.46.50

Proses pemulihan bahagian muka Faisal Halim. — Facebook/Selangorfc

“Kontrak Mickey bersama pasukan hingga 2027. Sebagai kelab profesional, sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai majikan untuk menjaga kebajikan semua pemain-pemain termasuk Mickey.

“Pihak kelab akan terus memberi sokongan kepada Mickey secara mental dan fizikal selain aspek kewangan sehingga dia dapat kembali beraksi semula.

“Dengan semangat yang dapat dipamerkan oleh Mickey, Insya-ALLAH dia akan kembali,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Sebelum ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali bulan lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Pemain kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu berada dalam keadaan kritikal selepas insiden itu dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Kecederaan yang dialami Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram