DETIK manis buat bola sepak Georgia apabila mereka berjaya mara ke pusingan kalah mati Euro 2024 selepas sekali percubaan.
Pertama kali muncul di kejohanan utama, Georgia mencipta sensasi apabila mara ke pusingan kalah mati dengan kemenangan terhadap Portugal menjadi detik penting negara itu.
Walaupun tidak diletakkan pilihan untuk menjadi juara, tetapi pastinya Georgia mempunyai peluang untuk terus mencuri tumpuan bermula dengan berdepan Sepanyol di pusingan 16 pasukan terbaik pada pagi Isnin waktu Malaysia.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Wonderkid' Turkiye bengang tiba-tiba disuruh berlatih sendiri oleh jurulatih
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan doa, tapi Ronaldo ungkap kata semangat sebelum ambil freekick
Khvicha Kvaratskhelia showing off Ronaldo's match worn shirt in the home dressing room
byu/HeatKnight insoccer
Pastinya, sandaran akan diletakkan kepada bahu penyerang utama iaitu Khvicha Kvaratskhelia. Penyerang Napoli itu mencuri tumpuan apabila jaringan awalnya bertemu Portugal menjadi nadi kemenangan Georgia.
Berjaya menewaskan juara Euro 2016 itu sudah cukup hebat, apatahlagi apabila Kvaratskhelia berjaya menumpaskan idolanya iaitu Cristiano Ronaldo.
Kvaratskhelia diketahui amat meminati Ronaldo dengan pemain itu mengidolakan legenda Portugal itu sepanjang kariernya. Malah, dia turut dilihat pergi ke Ronaldo untuk bersalam dengannya sebelum meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas wisel penamat ditiupkan.
Penyerang itu mengambil peluang untuk mendapatkan jersi Ronaldo selepas perlawanan dan Kvaratskhelia berjaya meraihnya.
Lalu, pemain tersebut dengan bangganya menayangkan jersi Ronaldo yang berjaya diraihnya ketika berada dalam bilik persalinan selepas perlawanan.
Kvaratskhelia dilihat menyarung jersi Ronaldo itu dan ternyata dia begitu gembira mendapat jersi idolanya. Ditambah dengan meraih kemenangan ke Portugal, ternyata kegembiraan berganda untuk pemain tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram