Skuad terbaik dari JDT, AMD tak mampu bantu Harimau Malaya B-16 lepasi peringkat kumpulan Piala Asean


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Penekanan suam-suam kuku daripada FAM terhadap pembangunan akar umbi menyekat peluang skuad B-16 negara. — Facebook/FAM

SKUAD Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan gagal melepasi peringkat kumpulan Piala Asean B-16 selepas hanya berada di kedudukan ketiga Kumpulan C.

Kekalahan 1-3 skuad kendalian Javier Jorda Ribera kepada tuan rumah, Thailand dalam aksi penutup pada Sabtu, sekali gus menutup kisah mereka dalam kejohanan berkenaan.

Pengakhiran mengecewakan itu sudah tentu menjadi bahan bualan peminat bola sepak tanah air, lebih-lebih lagi selepas mereka membuka kempen dengan kemenangan ke atas Timor Leste.

BACA LAGI: Pengarah Akademi JDT mahu guna khidmat 'ubi muda' kacukan termasuk pemain 'baka Haaland'

BACA LAGI: Penyokong Kelantan sinikal, suruh 'sign' Safee Sali ajar pemain import paling mahal sepak bola

449508721_1176763066730261_4993084813083282451_n

Ribera (kanan) gagal membantu skuad B-16 kebangsaan untuk mara ke peringkat seterusnya. Facebook/FAM

Kegagalan melepasi peringkat kumpulan tersebut kemudiannya menjadi 'senjata' penyokong untuk mendesak supaya berlakunya rombakan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian mengenai adalah apabila orang ramai berasakan skuad berkenaan sudah cukup mantap memandangkan majoriti daripada mereka merupakan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Akademi Mokhtar Dahari.

"Program akar umbi negara gagal. Program AMD dan JDT bukan yang biasa-biasa. Mereka dipilih daripada kalangan pemain terbaik negara, tetapi standard mereka masih berada di bawah Thailand," kata Azree Kasim.

"Jurulatih dibawa dari JDT dan faktanya pemain yang diambil dikatakan yang 'terbaik' di Malaysia adalah daripada AMD dan JDT, tetapi masih begini. Memang takdir bola sepak negara masih di tahap itu," kata Syed Najib.

"Sudah ambil pemain dari JDT dan AMD pun tidak boleh lepas. Masih kita boleh katakan bola sepak negara di peringkat akar umbi masih belum sempurna," kata Adrian Jamal.

Dalam aksi Kumpulan C, skuad Harimau Malaya B-16 membuka kempen dengan kemenangan ke atas Timor Leste sebelum tewas kepada Australia dalam perlawanan kedua.

Berdasarkan senarai pemain yang dipanggil, hanya Muhammad Alif Hakimi Zamri yang bukanlah 'ubi muda' kini beraksi bersama sama ada JDT ataupun AMD kerana dia sedang mewakili Singa Muda Perlis.

Namun, dengan tiada penekanan serius daripada FAM untuk melancarkan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi, sukar bagi mereka memberikan persembahan terbaik dalam setiap aksi kompetetif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram