Pengarah Akademi JDT mahu guna khidmat 'ubi muda' kacukan termasuk pemain 'baka Haaland'


  • Podium
  • Rabu, 05 Jun 2024

Kim Johan (kiri) memiliki pertalian darah Malaysia melalui ibunya. — Instagram/Johan

SKUAD Malaysia Bawah 17 tahun (B-17) perlu mempersiapkan pasukan lebih mantap apabila berdepan cabaran getir dalam Kejohanan Asean 2024 (Piala AFF) B-16 2024 yang akan berlangsung pada Jun ini.

Pasukan B-17 yang kini dikendalikan oleh Javier Jorda Ribera boleh dikatakan berada dalam kelompok kumpulan maut apabila akan menerima tentangan daripada Australia, Thailand dan Timor Leste.

Pasukan seperti Thailand dan Australia dalam Kumpulan C itu pasti akan memberi cabaran besar buat skuad B-17 negara untuk melepasi ke pusingan seterusnya dan mengelak episod edisi 2022 berulang.

BACA LAGI: MFL perlu segera tetapkan hukuman tepis persepsi 'sengaja rosakkan rentak Selangor FC'

BACA LAGI: Tak rasa gentar, Buzzinho bangga wakili Selangor di pentas dunia EA FC

Untuk rekod, pada edisi Piala AFF B-16 2022 menyaksikan pasukan muda kebangsaan gagal layak ke separuh akhir selepas terlepas peluang mara sebagai naib juara terbaik kumpulan.

Selain Piala AFF B-16 2024 yang bakal berlangsung dari 21 Jun hingga 4 Julai ini di Surakarta, Indonesia, Javier Jorda juga akan membimbing pasukan muda negara untuk kempen Kelayakan Piala Asia B-17.

Oleh itu, sebagai persediaan untuk Piala Asia B-17, sesetengah penyokong bola sepak tanah air memberi cadangan agar skuad muda negara menggunakan khidmat pemain kacukan untuk kejohanan berkenaan.

Idea tersebut juga bukan sekadar syok sendiri dalam kalangan penyokong kerana Javier Jorda juga tidak menafikan turut mempertimbangkan cadangan berkenaan dalam menghadapi tugasan besar itu.

WhatsApp Image 2024-06-05 at 12.59.14

Tangkap layar perbualan bersama Javier Jorda.

Perkara tersebut disahkan oleh laman penyokong, frfuture talents selepas ia berkongsi tangkap layar perbualan mereka bersama ketua jurulatih berkenaan berhubung idea menggunakan pemain kacukan.

"Terima kasih untuk info (pemain kacukan) tersebut. Kami akan mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat mereka dalam pusingan kelayakan AFC (Piala Asia) nanti," katanya.

Walaupun khidmat pemain kacukan muda itu tidak dapat digunakan pada saingan Piala AFF B-16 2024 nanti, namun pasti belum terlambat untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguji kebolehan mereka sebelum Kelayakan Piala Asia B-17.

dalam dalam

Pengarah Akademi JDT itu diberi kepercayaan oleh FAM bagi menggantikan peranan Osmera Omaro yang membimbing pasukan sebelum ini.

Antara nama yang sedang berada dalam pemantauan Javier Jorda yang juga bekas Pengarah Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) itu ialah Sean Fetterlein (Denmark-Malaysia), Kim Johan Tegnander (Norway-Malaysia) dan Aiden Rawlins (Australia-Malaysia).

Kim Johan antara nama yang pernah mencuri tumpuan penyokong domestik kerana disamakan dengan peledak berbisa Manchester City, Erling Haaland kerana bentuk fizikalnya yang mirip pemain antarabangsa Norway itu.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu beraksi di posisi tengah menyerang dan juga mampu bermain sebagai bek tengah kerana mempunyai ketinggian dan fizikal lebih besar berbanding rakan sebayanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram