'Perlu tanya Tomi', orang kuat TFC ‘kunci mulut’ situasi semasa Covid-19 Sang Penyu


  • Podium
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Majoriti pemain daripada skuad utama Sang Penyu dilaporkan dijangkiti wabak Covid-19. — Facebook/Terengganu FC

TERENGGANU FC dilaporkan tidak dapat menurunkan hampir kesemua pemain utamanya selepas terdapat laporan kelab Pantai Timur berkenaan dilanda wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, hampir majoriti daripada skuad utama dilanda penyakit itu sejak pulang dari Sarawak selepas aksi Liga Super menentang Kuching City FC.

Ini termasuk pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner yang dilaporkan tidak akan berada di kawasan teknikal dalam aksi Piala FA menentang Sabah FC di laman sendiri pada Jumaat.

BACA LAGI: Terengganu beri bayangan bintang pinjaman JDT turun aksi suku akhir Piala FA

BACA LAGI: TMJ nafi kehadiran Kobe Jae, hanya tinggal Terengganu dan Selangor harapan pemain warisan

448432614_454245107316929_8591851342975744190_n

Tomislav dilaporkan menjadi salah seorang yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Namun, kenyataan berkenaan turut menyebut hampir keseluruhan daripada pemain sudah sembuh dan dijangka dapat diturunkan bagi perlawanan berkenaan.

"Berdepan dengan pasukan besar seperti Sabah FC adalah satu tugas yang besarm namun bagi Tomislav dia percaya anak-anak buahnya bakal memberikan yang terbaik dengan dibantu ribuan penyokong tuan rumah yang bakal hadir pada malam esok (Jumaat)," katanya.

Perkhabaran itu sudah tentu membawa kelegaan buat penyokong Sang Penyu memandangkan kemenangan di laman sendiri adalah cukup penting dalam memastikan kemaraan mereka dalam Piala FA.

Bagaimanapun, timbul persoalan sekiranya pemain yang dijangkiti Covid-19 sudah bersedia untuk kembali diturunkan untuk aksi menentang skuad Sang Badak.

Dalam menjawab perkara itu, pengurus Terengganu FC, Zul Fadli Rozi menegaskan hanya Tomislav merupakan individu tepat untuk memberikan penjelasan.

5iaGe8s

Zul Fadli berkongsi keadaan semasa skuad Sang Penyu.

"Mengenai hal ini, perlu dirujuk kepada ketua jurulatih. Saya tak boleh beri kenyataan mengenainya. Minta maaf," katanya kepada Majoriti.

Melihat kepada skuad Sang Penyu musim ini, kehilangan tonggak utama tidak akan memberikan kesan terlalu hebat memandangkan pasukan itu memiliki 'squad depth' serba lengkap.

Mereka yang menduduki tangga ketiga Liga Super berpotensi untuk memberi kejutan terhadap skuad Sang Badak melihat kepada prestasi sebenar.

Untuk rekod, Terengganu FC menamatkan kempen Piala FA 2023 di pusingan separuh akhir sementara Sabah FC hanya di suku akhir dengan masing-masing disingkirkan Kuala Lumpur City FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram