Terengganu beri bayangan bintang pinjaman JDT turun aksi suku akhir Piala FA


  • Podium
  • Selasa, 25 Jun 2024

Kesebelasan utama Terengganu ketika mengikat Kuching City FC dengan keputusan 1-1 dalam perlawanan Liga Super pada Sabtu. — Facebook/TFC

PIHAK pengurusan Terengganu FC seolah-olah memberikan bayangan tonggak utama Sang Penyu akan turun beraksi menentang Sabah FC dalam aksi suku akhir Piala FA pada Jumaat nanti.

Sang Penyu yang layak ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Perak FC dengan keputusan 2-1 pada 14 Jun lalu akan menerima kunjungan Sabah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Ketika menewaskan The Bos Gaurus, Muhammad Safawi Rasid dan Marin Pilj menjadi wira buat Sang Penyu untuk meneruskan hayat Terengganu dalam kejohanan Piala FA.

BACA LAGI: 'Nampak tak Nafuzi?', penyokong Kedah puas Assifuah jadi hero Sang Kenari

BACA LAGI: [VIDEO] Teknik staf SNBJ buang air 'ditiru' di stadium Euro 2024

Selepas seminggu berlalu untuk memberikan laluan kepada perlawanan Liga Super, kini Piala FA kembali dimainkan dengan aksi awal melibatkan empat pasukan iaitu Penang FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Terengganu dan Sabah pada Jumaat.

Pihak pengurusan Terengganu sudah mula mempromosikan perlawanan itu dengan memuat naik gambar poster ‘matchday’ untuk mengajak lebih ramai penyokong hadir ke stadium pada hari tersebut.

Menariknya, poster itu turut memaparkan gambar pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Azam Azmi selepas hampir empat bulan mengalami kecederaan ketika mewakili skuad kebangsaan pada Mac lalu.

Gambar Azam Azmi itu seolah-olah memberikan bayangan bahawa pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner akan menurunkan pemain berusia 23 tahun itu.

Azam sebelum ini sudah pun meninggalkan Terengganu dengan menyertai Harimau Selatan sebelum dipinjamkan semula ke Sang Penyu bagi memperkuatkan benteng pertahanan kelab Pantai Timur itu.

Selain Azam, dua pemain JDT lain yang dipinjamkan ke Terengganu ialah Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Rashid bagi tempoh semusim untuk memberikan peluang minit permainan buat bintang kebangsaan itu.

Terengganu kini menduduki tangga ketiga Liga Super selepas mencatatkan dua kemenangan dan seri dalam empat perlawanan terakhir dengan mengutip lapan mata di belakang Selangor FC dan JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram