[VIDEO] 'Messi' Malaysia dikesan di Kampar


  • Podium
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan kelincahan dan ketenangan pemain cilik (kanan) ketika melepasi beberapa pemain lawan.

AKSI seorang kanak-kanak lelaki bermain bola sepak pada petang Khamis mencuri tumpuan apabila gerakan lincahnya mudah melepasi beberapa pemain lain di sebuah padang.

Difahamkan, perlawanan tersebut merupakan kejohanan Bawah 12 Tahun (B-12) antara sekolah agama di Kampar, Perak.

Dalam satu video yang dimuat naik pengguna media sosial bergelar Muhammad Sy4w4l di TikTok pada Khamis, seorang pemain cilik mencuri tumpuan ramai.

BACA LAGI: Jafri Chew antara pelan B The Rhinos benam cabaran Sang Penyu

BACA LAGI: Kalau Selangor tarik diri, siapa nak cabar JDT?

Difahamkan, kanak-kanak tersebut merupakan murid yang bersekolah di Sekolah Rendah Integrasi Teras-Islam (SRITI), Kampar, Perak.

Melalui video yang dikongsikan, kelihatan murid berkenaan dilihat cukup tenang dalam melakukan hantaran serta mengawal bola dalam kejohanan bola sepak.

Pada masa sama, kelincahan pemain cilik yang dikatakan berusia 11 tahun lebih terserlah apabila dia bermain di samping pemain yang memiliki kelebihan fizikal.

Meskipun memiliki tubuh yang kecil namun ketangkasan pemain cilik tersebut meraih pujian warga maya.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, ramai warga maya berpendapat bahawa pemain cilik berkenaan mirip dengan bintang Argentina, Lionel Messi.

"Budak itu boleh dikatakan seperti Messi waktu umur 19 tahun, Tahniah Messi Malaysia," kata Muhammad Nazwan.

"Mantap, smooth ja pergerakan budak tu, boleh digelar Messi Malaysia," kata Ammir Rosli.

"Adik tu ada bakat, kalau asah betul-betul boleh jadi macam Messi," kata Wanzener.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram