BINTANG muda Turkiye, Arda Guler mencuri tumpuan peminat bola sepak antarabangsa apabila persembahan cemerlangnya ketika berdepan Georgia pada aksi pertama peringkat kumpulan Euro 2024 membantu negaranya meraih kemenangan.
Namun begitu, rentak cemerlangnya tidak dapat diteruskan pada aksi kedua bertemu Portugal apabila tidak diturunkan sebagai kesebelasan utamanya, sebaliknya pemain Real Madrid itu cuma bermain 20 minit saja.
Jurulatih Turkiye, Vicenzo Montella mengatakan yang pemain itu mengalami kecederaan dan dilaporkan tidak cergas untuk beraksi.
BACA LAGI: Luka Modric gagal tahan sebak gagal bawa Croatia mara lebih jauh
BACA LAGI: Lepas Trent dikecam teruk, Southgate pilih bintang buangan Chelsea pula kemudi tengah England
Namun begitu, itu bukanlah perkara sebenar. Sebaliknya, tular satu rakaman yang Montella membuatkan Guler berasa bengang ketika sesi latihan.
Dalam latihan tersebut, Guler dilihat sedang memaki bib dan ingin menyertai latihan berkumpulan skuad Turkiye. Namun begitu, Montella bertindak menyuruh pemain tersebut keluar daripada kumpulan dan membuka bibnya.
Malah, Montella turut menyuruh Guler untuk berlatih sendiri menjelang perlawanan penting bertemu Czechia pada pagi Khamis waktu Malaysia.
Pemain berusia 19 tahun itu nyata kecewa dengan tindakan jurulatih tersebut sebelum dia pergi membawa diri untuk berlatih.
Tindakan Montella itu mengundang kecaman hebat penyokong Turkiye yang menganggap dia adalah bintang harapan negara tersebut di Euro 2024.
Selepas hanya memainkannya selama 20 minit bertemu Portugal, tindakan Montella di padang latihan pasti mengundang kritikan pedas terhadapnya oleh penyokong.
Malah jika pemain itu tidak diturunkan bertemu Czechia, pasti akan lebih banyak kritikan menimpa jurulatih dari Itali itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram