Luka Modric gagal tahan sebak gagal bawa Croatia mara lebih jauh


  • Podium
  • Selasa, 25 Jun 2024

Modric yang sudah semakin menghampiri penghujung kariernya pasti kecewa atas kegagalan berkenaan. — Agensi

KEGAGALAN Croatia meraih sebarang kemenangan dalam saingan Kejohanan Euro 2024 menyaksikan mereka tersingkir selepas hanya berada di tangga ketiga Kumpulan B.

Dua keputusan seri yang direkodkan sepanjang tiga perlawanan jelas tidak mencukupi, lebih-lebih lagi apabila mereka tercicir mata dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Meskipun berada di depan menerusi gol Luka Modric, jaringan penyamaan lewat daripada Mattia Zaccagni pada minit kelapan masa tambahan menyebabkan perlawanan pada awal pagi Selasa itu berakhir dengan keputusan 1-1.

BACA LAGI: [VIDEO] Euro 2024: Retak tulang pipi, kemenangan Hungary terpaksa 'dibayar dengan harga mahal'

BACA LAGI: [VIDEO] Bek Turkiye bantu Portugal raih tiket ke pusingan 16 Euro 2024

o8e53cmd6l8d1

Modric kelihatan sebak ketika menerima Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan. — Agensi

Keraian cukup meraih dapat dirasakan dalam kalangan pemain dan staf kejurulatihan Itali kerana mereka berjaya mara ke pusingan seterusnya, sekali gus membuka peluang untuk mempertahankan gelaran.

Tetapi, kekecewaan jelas disaksikan dalam kem Croatia dengan Modric yang beraksi sebagai kapten jelas tidak dapat menahan perasaan ketika berada di bangku simpanan.

Dia yang menjaringkan gol selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti boleh dikatakan seorang watak penting ketika aksi berdepan juara Euro 2020 tersebut.

Dalam beberapa kepingan foto dimuat naik, pemain Real Madrid itu hanya mampu melihat kegembiraan pemain lawan sambil berdiam diri bersama rakan sepasukannya.

Kelihatan juga kedua-dua mata Modric kelihatan kemerah-merahan ketika menerima Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan dengan ia menjadi bukti dia meratapi keputusan itu.

Walaupun pernah membantu Croatia ke pentas akhir Piala Dunia enam tahun lalu, penyingkiran awal berkenaan pastinya dirasai kerana mereka merupakan salah sebuah pasukan pilihan.

Kegagalan itu sudah tentu sukar ditelan Modric yang merupakan pemenang Anugerah Ballon d'Or 2018 berkenaan yang sudah semakin hampir ke penghujung kariernya berdasarkan usianya mencecah 38 tahun.

Untuk rekod, kapten skuad antarabangsa Croatia itu sudah merekodkan 178 penampilan buat negaranya secara keseluruhan dengan 26 gol pernah dijaringkannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram