NAMA pertahanan Turkiye, Samet Akaydin terus menjadi buah mulut peminat bola sepak selepas membantu Portugal mara ke pusingan 16 kejohanan Euro 2024.
Kesilapan bek Turkiye itu berlaku apabila penjaga gol, Altay Bayindir gagal membaca gerakan Akaydin sehingga menyebabkan bola bergolek masuk ke gawang untuk jaringan kedua Portugal pada minit ke-28.
Gol pertama Portugal pula dicetak oleh Bernando Silva pada minit ke-21 dan jaringan ketiga disudahkan oleh tonggak Manchester United, Bruno Fernandes.
BACA LAGI: [VIDEO] SK Abaka di Tawau musnah terbakar, bomba ambil masa 50 minit padam api
Kemenangan 3-0 itu sekali gus menyaksikan Portugal menjuarai Kumpulan F dan berjaya meraih tiket untuk mara ke pusingan 16.
Menariknya gol ketiga tersebut, legenda Man United, Cristiano Ronaldo yang berpotensi untuk menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Euro dilihat tidak pentingkan diri apabila melakukan hantaran kepada Fernandes untuk jaringan ketiga.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan F menyaksikan Portugal akan berdepan Georgia di Gelsenkirchen, sementara Turki bakal turun menentang Czech Republik Volksparkstadion, Hamburg pada awal pagi Khamis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram