'Dia galas tugas besar dan gagal', legenda Man United kecam bintang Liverpool tak layak main posisi tengah


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Eksperimen Alexander-Arnold untuk beraksi sebagai pemain tengah berakhir dengan kegagalan. — Agensi

EKSPRIMEN untuk meletakkan pemain England, Trent Alexander-Arnold di jentera tengah boleh dianggap berakhir dengan penuh kegagalan.

Hal ini dilihat apabila pemain pertahanan kanan itu gagal menyerlah sebagai jentera tengah England apabila The Three Lions seri 1-1 bertemu Denmark dalam aksi kedua peringkat kumpulan C Euro 2024 pada Jumaat.

Melihat kepada persembahan Alexander-Arnold yang begitu longlai, ia mengundang kecaman hebat legenda Manchester United, Roy Keane terhadap permainannya.

BACA LAGI: Foden bukan tiada bakat, jangan sampai 'coach' bising pikul cabaran ketuai England

BACA LAGI: [VIDEO] Teknik staf SNBJ buang air 'ditiru' di stadium Euro 2024

trent-alexander-arnold-liverpool-fc-200624

Alexander-Arnold (kiri) gagal mempamerkan persembahan baik sebagai pemain tengah untuk England. — Agensi

Bercakap sebagai penganalisis di salah sebuah stesen televisyen, Keane secara terbuka mengecam persembahan Alexander-Arnold yang berada di bawah par.

"Saya rasakan ia adalah satu tindakan berani mati untuk memainkan pemain yang tidak beraksi di posisi tersebut setiap minggu di peringkat kelab. Saya tahu dia adalah pemain yang bagus untuk Liverpool, tetapi bermain di posisi serta memulakan perlawanan di posisi berlainan adalah perkara berbeza.

"Saya bermain di bahagian tengah, ia adalah posisi yang sukar. Dia sudah beraksi tidak baik dalam dua perlawanan.

"Jika anda digantikan dalam dua perlawanan, ia bukanlah satu petanda yang baik," kata Keane.

Pada Keane, dia menganggap eksperimen meletakkan Alexander-Arnold di bahagian tengah adalah gagal kerana faktor pihak lawan.

Bertemu Denmark yang dianggap lebih lemah berbanding England, pemain pertahanan Liverpool itu gagal menunjukkan kualitinya apabila diminta beraksi di posisi tengah.

Jika jumpa Denmark sudah gagal, bagaimana kalau berdepan Perancis atau Sepanyol?

"Ia adalah satu perjudian besar apabila meletakkan pertahanan kanan ke bahagian tengah. Mereka bukan menentang Sepanyol atau Perancis yang merupakan lawan lebih sukar. Tetapi ia adalah dua pihak lawan [Serbia dan Denmark] yang England dijangka tiada masalah untuk dikalahkan dan mempunyai penguasaan bola berdepan mereka.

"Ia adalah satu tugas besar buat untuknya dan dia gagal menjayakannya," kata Keane.

England perlu menang ke atas Slovenia untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya terjamin. Jika tewas dan tersingkir, boleh dilihat masa depan pengendali Gareth Southgate berada dalam bahaya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram