ENGLAND memulakan saingan dalam Kejohanan Eropah (Euro) dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Serbia 1-0 pada Isnin.
Jaringan daripada Jude Bellingham memastikan ia dapat melindungi persembahan ala kadar ditampilkan oleh skuad Gareth Southgate pada aksi pembukaan.
Persembahan sederhana itu turut dapat dilihat menerusi pemain serangan iaitu Phil Foden. Pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilihat tidak mampu memberikan impak besar kepada negaranya.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak pernah berubah, fans England buat onar di Euro 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sedar England menang, penyokong The Three Lions tertidur lebih 5 jam di stadium
Oleh kerana itu, Foden digesa oleh legenda Sepanyol, Cesc Fabregas untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap tugasnya untuk England.
Fabregas mahu pemain Manchester City itu beraksi dengan lebih baik dan tidak mengharapkan Bellingham atau pemain lain semata-mata.
"Lihat pada Jude Bellingham menyerlahkan dirinya, pergi ke pihak lawan dan tonjolkan kelasnya.
"Foden juga perlu lakukan perkara yang sama. Pemain sehebat, sebagus ini tidak perlu diberitahu oleh jurulatih apa yang dia perlu lakukan," kata Fabregas.
Kata Fabregas lagi, Foden dilihat tidak cukup keazaman untuk membantu negaranya memperoleh kemenangan dan itulah yang perlu ditonjolkan lebih lagi buat pemain Manchester City itu.
Bak kata Euro 2008 dan 2012 itu, Foden perlu tunjuk lebih personalitinya ketika di padang.
"Foden perlu tunjukkan yang dia mahukan lebih lagi berbanding rakan sepasukan yang lain. Dalam hal ini, Bellingham menunjukkan yang dia lebih berazam.
"Foden perlu dapatkan personalitinya semula dan beraksi macam mana dia lakukan di Manchester City," jelas Fabregas.
England akan berdepan Denmark pada perlawanan kedua dengan jika kemenangan berjaya diraih, tempat mereka ke pusingan seterusnya akan terjamin. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram