Bukan sahaja Pahang, isu gaji kini jangkiti satu lagi kelab Pantai Timur


  • Podium
  • Ahad, 23 Jun 2024

KDN FC pernah berdepan isu gaji musim lalu dengan pemain dilaporkan tidak menerima gaji untuk beberapa bulan. — Facebook/KDN FC

KEMELUT pengurusan dialami beberapa pasukan Liga Super menyaksikan pemain menjadi mangsa kerana terdapat laporan mereka tidak menerima gaji selama beberapa bulan.

Antara pasukan yang terkesan dengan masalah itu ialah Sri Pahang FC dengan khabar angin mengatakan kebajikan skuad Tok Gajah terabai untuk beberapa bulan.

Meskipun tiada pengesahan daripada pihak pengurusan, pendedahan secara halus daripada pemain di media sosial menceritakan isu di sebalik tabir.

BACA LAGI: [VIDEO] Situasi kini berbeza, Kelantan pernah kecewakan JDT kaw-kaw di pentas final Piala FA

BACA LAGI: Piala FA: Bergson 'hilang' dari radar, KDN FC buat penyokong Kelantan lega

448262374_841661151329251_4621243469221508846_n (1)

Skuad Tok Gajah difahamkan mengalami masalah tunggakan gaji.

Namun, baru-baru ini, terdapat ura-ura mengatakan sebuah lagi kelab Pantai Timur, Kelantan Darul Naim (KDN) FC turut terlibat dengan masalah sama.

Pasukan yang baru sahaja mengalami rombakan kecil-kecilan sebelum Liga Super 2024/25 bermula itu didakwa mengalami masalah itu dengan skuad belia merupakan mangsa keadaan.

Ini berdasarkan satu komen dibuat salah seorang pemain KDN FC IV, Haiqal Hafiq Sabri yang memberikan emoji wang dan muka kecewa dalam hantaran pasukan pada Sabtu.

Meskipun komen ringkas itu tidak menceritakan isu sebenar skuad muda Kijang Emas, ia sedikit sebanyak memberi gambaran akan kemelut gaji dialami pasukan.

WhatsApp Image 2024-06-23 at 4.04.04 PM

Satu komen ditinggalkan Haiqal dalam hantaran Instagram KDN FC baru-baru ini.

Perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu dialami pasukan itu kerana mereka pernah berdepan situasi sedemikian pada 2023 dengan skuad utama turut terkesan.

Bagaimanapun, masih tiada pengesahan sekiranya skuad senior KDN FC berdepan isu tunggakan gaji memandangkan pihak pengurusan kelab berjaya membawa masuk penaja baharu sepanjang tahun lalu.

Musim ini, Haiqal beraksi untuk KDN FC IV dalam Piala Presiden yang berada di kedudukan ketiga Kumpulan B selepas mengutip 14 mata daripada tujuh perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram