[VIDEO] Situasi kini berbeza, Kelantan pernah kecewakan JDT kaw-kaw di pentas final Piala FA


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Skuad Harimau Selatan dan Kelantan FC pernah digeruni pada satu ketika dahulu. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) boleh dikatakan masih kekal sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA kerana kualiti dan prestasi memberangsangkan dapat diteruskan musim ini.

Apatah lagi, mereka yang bakal berdepan kelab bergelut, Kelantan Darul Naim (KDN) FC di laman sendiri pada Sabtu sudah tentu memiliki kelebihan untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

Skuad Kijang Emas yang masih belum merekodkan sebarang mata dalam Liga Super 2024/25 sudah tentu tidak akan memberikan ancaman hebat terhadap JDT dalam aksi tersebut.

BACA LAGI: Berjaya ‘gari’ Sang Saka Biru, jumpa JDT akan jadi kenangan manis

BACA LAGI: [VIDEO] Syahmi Safari idam kekuatan Bergson, larian menggila Forestieri jadi mentaliti JDT

2700842

Skuad Harimau Selatan dipilih untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA buat tiga tahun berturut-turut. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Penyokong juga seakan-akan sudah menerima hakikat di sebalik perkara itu, lebih-lebih dengan kualiti skuad Harimau Selatan jauh meninggalkan KDN FC.

Tetapi, kira-kira 10 tahun lalu, pengikut setia bola sepak di Kelantan pernah teruja setiap kali berdepan JDT kerana masing-masing boleh dikatakan pencabar dalam Liga Malaysia.

Ini dapat disaksikan pada perlawanan akhir Piala FA 2013 dengan kedua-dua pasukan itu mempunyai misi tersendiri memasuki aksi yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Jun tahun tersebut.

JDT yang ketika itu baru sahaja diperkenalkan dalam dunia bola sepak mahu menjulang kejuaraan berkenaan dengan ia akan menjadi trofi pertama bagi pasukan Selatan tanah air terbabit.

Bagi Kelantan pula, mereka yang menjuarainya pada 2012 berharap mampu mempertahankan gelaran, sekali gus meletakkan pasukan terbaik di bawah kendalian Bojan Hodak.

Usaha dipamerkan skuad The Red Warriors (TRW) membuahkan hasil seawal minit ke-15 selepas tonggak mereka, Nor Farhan Muhammad menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan, sekali gus membuatkan puluhan ribu penyokong skuad Harimau Selatan yang hadir ke stadium hanya mampu berputih mata.

Bagaimanapun, situasi terkini sudah berubah selepas JDT sudah semakin diingati dalam dunia bola sepak tanah air sementara Kelantan terjerumus ke lembah kegelapan.

Meskipun KDN FC kini merupakan entiti berbeza berbanding skuad TRW, nasib mereka tidaklah begitu berbeza kerana kelab tersebut masih belum menapak dengan kukuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram