Harga runcit telur gred A, B, dan C turun 3 sen sebiji mula Isnin


  • Primer
  • Isnin, 17 Jun 2024

harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan sebanyak 3 sen sebiji. — Gambar hiasan/The Star

SELARAS usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat, kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan sebanyak 3 sen sebiji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengumumkan, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuatkuasa mulai Isnin.

Anwar berkata, penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, berbanding pada 2023, peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta,

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai tampil 'bantu' perjelas kelayakan ISO 14001 calon PAS bertanding PRK Sg Bakap

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas aksi 'sasau', Presiden AS jadi beku atas pentas ketika majlis kutip derma

msg1050426791-33866

Penurunan harga runcit telur ayam antara inisiatif kerajaan menangani masalah berkaitan kos kehidupan rakyat. — Gambar hiasan

Katanya, harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan.

"Ingin saya tegaskan, masalah atau isu terkait kos kehidupan rakyat akan terus ditangani kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan sambil berusaha sebaiknya dalam memampan dampak yang buruk ke atas kehidupan harian rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun masih mengekalkan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga RM6.90 per kilogram(1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg).

"Sebagai contoh, dengan harga CPO pada Mac lalu sebanyak RM4,215/mt dan April RM4,256/mt, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat sehingga RM33 hingga RM35," jelasnya.

Katanya lagi, perkembangan semasa menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam khususnya bahan asas kepada makanan ayam.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Madani akan kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat.

msg1050426791-33867

Penyelewengan atau penyeludupan diesel akan tetap dipantau kerajaan. — Gambar hiasan/The Star

Menurut beliau, subsidi diesel tidak dihapuskan, tetapi apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.

"Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KDN) telah menggerakkan Ops Tiris yang telah berlangsung sejak 1 Mac 2023 yang mana ia bertujuan bagi membanteras permasalahan penyelewengan minyak diesel bersubsidi tatkala ia memanfaatkan pihak yang tidak layak.

"Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 6,441,118 liter minyak diesel dianggarkan berjumlah RM14,208,824 telah dirampas.

"Justeru, atas hasil dan perkembangan yang baik dari ops tersebut, maka Ops Tiris 3.0 dijalankan dengan skop yang diperluas mencakup barang-barang kawalan lain iaitu gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak bungkusan polibeg 1kg, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG)," katanya lagi.

Tambahnya, sehingga Jumaat lepas, sejumlah RM12,956,089.96 nilai barang kawalan telah dirampas dengan diesel menjadi barangan kawalan yang tertinggi yang diseludup dan diseleweng.

Katanya, hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi ini tentunya akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak besar kepada rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram