PADA permulaan Kejohanan Euro 2024, berlaku beberapa siri pergaduhan antara penyokong di luar stadium kerana masing-masing tidak dapat menahan ejekan antara satu sama lain.
Perbalahan antara penyokong England dan Serbia di luar sebuah merupakan contoh terbaik dengan mereka yang terlibat sudah dibawa ke muka pengadilan.
Situasi buruk itu sekali lagi berulang sebelum perlawanan Kumpulan F antara Turkiye dan Georgia pada awal pagi Rabu di Stadium Westfallenstadion, Jerman.
BACA LAGI: [VIDEO] Turunkan skuad muda, tinggalkan padang cara Fenerbahce ajar 'tokong' Turkiye
BACA LAGI: [VIDEO] Kelab Turkiye buat kejutan, tamatkan kontrak ubi muda tipu umur di aplikasi janji temu
Berdasarkan beberapa video tular di media sosial, pergaduhan tercetus dengan agak serius apabila ada dalam kalangan mereka melepaskan tumbukan serta membaling objek seperti botol air.
Pihak polis segera digegaskan ke kawasan pergaduhan untuk mengawal keadaan, namun jumlah penyokong dan keganasan ditunjukkan sepanjang kekecohan menyukarkan usaha mereka.
Namun, setakat ini, tiada sebarang laporan mengatakan kecederaan serius dialami selain tiada tangkapan dibuat dengan perlawanan diteruskan seperti biasa.
Dalam pertembungan berkenaan, Turkiye meraih kemenangan untuk memastikan lawan mereka pulang dengan tangan kosong dalam aksi pertama negara dalam kejohanan antarabangsa.
Gol daripada Mert Muldur, Arda Guler dan Muhammed Karem Akturkoglu membolehkan mereka menundukkan Georgia 3-1 dengan gol lawan dijaringkan Georges Mikautadze.
Tiga mata diraih itu turut meletakkan Turkiye yang dikendalikan Vincenzo Montella berada di kedudukan teratas Kumpulan F manakala Georgia yang kecewa berada di tangga tercorot. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram