[VIDEO] Kritik padang di Jerman tak halang Belanda tundukkan Poland


  • Podium
  • Isnin, 17 Jun 2024

Belanda meraih tiga mata penuh aksi pertama Euro 2024 bertemu Poland.

BELANDA merakamkan kemenangan dengan keputusan 2-1 pada aksi pembukaan Euro 2024 bertemu Poland pada Ahad.

Skuad kendalian Ronald Koeman mempertaruhkan gandingan Depay, Gakpo dan Xavi Simona untuk mengemudi jentera serangan Belanda.

Poland pula tampil bersederhana tanpa kelibat kapten pasukan, Robert Lewandowski bagaimanapun berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-16.

BACA LAGI: TFC ada peluang layak ke semi lawan Selangor atau Kuching walaupun peningkatan game kurang ketara

BACA LAGI: Penang perlu waspada pilihan striker dan rekod lampau boleh bantu KDA ke semi final Piala FA

Enggan berputih mata, Belanda berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Cody Gakpo pada minit ke-29 dan pemain gandian, Wout Weghorst menjaringkan gol kemenangan menerusi satu rembatan kencang dalam kotak penalti.

Meskipun meraih kemenangan pertama Euro 2024, kapten Belanda, Virgil van Dijk menyifatkan padang Volksparkstadion untuk aksi Kumpulan D menentang Poland memalukan.

Pemain tengah Liverpool itu tidak berpuas hati dengan kualiti padang berkenaan dan menyifatkan Volksparkstadion hampir sama dengan padang di Frankfurt untuk aksi persahabatan Belanda-Jerman pada Mac lalu.

“Kita tak tahu sama sekali sama ada padang teruk atau tak. Padangnya nampak hampir sama dengan padang yang digunakan untuk perlawanan di Frankfurt bila kita turun menentang Jerman.

“Bahagian permukaan atas rumput mungkin akan terjejas dengan cepat. Ini sesuatu yang memalukan tetapi kedua-dua pasukan perlu menanganinya,” katanya.

Volksparkstadion merupakan stadium milik kelab Jerman, Hamburger SV. Stadium ini akan digunakan sebagai tuan rumah lima perlawanan EURO 2024 termasuk satu aksi suku akhir. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram