Tak berjaya tembusi gawang JDT, penyerang badan gempal Ulsan kini disukai fans Hungary


  • Podium
  • Isnin, 17 Jun 2024

Antara aksi Martin ketika menentang Switzerland baru-baru ini. — Instagram/MartinAdam

HUNGARY memulakan kempen Euro 2024 dengan langkah kiri apabila tewas dengan keputusan 1-3 dalam perlawanan Kumpulan A di tangan Switzerland di Stadium Cologne, Jerman pada Sabtu.

Kwadwo Duah, Michel Aebischer dan Breel Embolo yang dimasukkan dari senarai pemain gantian masing-masing menjaringkan gol bagi memastikan Switzerland mendapat tiga mata pertama.

Manakala, pasukan kendalian Marco Rossi hanya membawa pulang gol sagu hati menerusi Barnabas Varga selepas menanduk masuk hantaran silang ketua pasukan dari Dominik Szoboszlai.

BACA LAGI: Tak perlu bimbang lagi khidmat Syihan, KPG ada pilihan anak jati Kedah beraksi cemerlang tepis JDT

BACA LAGI: [VIDEO] 'Grip' kepala lawan sebelum hentak ke padang, bintang Sepanyol terlepas hukuman siap jaringkan gol

Walaupun persembahan skuad Magyars tidak berada pada tahap memuaskan kerana gagal mendapatkan kemenangan namun seorang pemain mereka berhasil menarik perhatian para penyokong.

Pemain semakin diminati penyokong ialah penyerang nombor sembilan Hungary, Martin Adam yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-79 untuk menggantikan Milos Kerkez.

Pemain yang berusia 29 tahun itu dan kini menyarung jersi pasukan Korea Selatan, Ulsan HD FC disifatkan sebagai satu unit mutlak oleh peminat.

Martin dilihat sebagai satu unit berikutan dia dilihat mempunyai fizikal seperti bek tengah walaupun pemain berkenaan berperanan sebagai seorang penyerang tengah buat Hungary.

WhatsApp Image 2024-06-17 at 17.05.20 (1)

Martin menyertai Ulsan pada musim 2022. — Instagram/MartinAdam

Untuk rekod, Martin membuat penampilan sulung di Hungary pada Mac 2022 dengan membuat 23 penampilan bersama negaranya.

Penyerang berbadan agak gempal itu mencetak tiga gol untuk skuad Magyars.

Dalam pada itu, Martin juga mempunyai satu momen yang masih diingati oleh penyokong domestik apabila percubaannya pernah dinafikan Syihan Hazmi dalam aksi Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika dia mewakili Ulsan Hyundai bagi saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

Aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu menyaksikan Harimau Selatan menang dengan keputusan 2-1 ke atas Ulsan Hyundai.

Ia merupakan pencapaian membanggakan JDT walaupun Harimau Selatan gagal ke peringkat seterusnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram