'Isu Nur Syuhada masih dalam pemerhatian Selangor FC'


  • Podium
  • Isnin, 17 Jun 2024

Syuhada mendakwa dia dimalukan oleh salah seorang staf Selangor FC. — Facebook/Nur Syuhada

GEMPAR melanda Selangor FC apabila terdapat seorang penyokong yang meluahkan rasa kesal dan kecewa atas layanan diterimanya oleh seorang staf kelab.

Penyokong bernama Nur Syuhada itu mengatakan yang dia mendapat layan tidak baik oleh staf Selangor ketika di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sewaktu Gergasi Merah menentang Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Super dan Piala FA.

Pada Sabtu, Syuhada mengeluarkan kenyataan mengatakan dia dimalukan oleh pihak kelab. Menurut Syuhada, dia berasa kesal dengan tindakan tersebut kerana diperlakukan seperti seorang penjenayah.

BACA LAGI: Selangor sudah hubungi fans jelita, Nur Syuhada bertegas tidak akan sokong Gergasi Merah lagi di MBPJ

BACA LAGI: Dakwa dimalukan staf kelab, fan jelita Selangor luah rasa kecewa

Syuhada kemudiannya mendedahkan pada Ahad yang Selangor menghubunginya berkenaan isu tersebut nama tidak dilayan olehnya.

"Pihak Selangor FC telah menghubungi saya melalui applikasi WhatsApp, saya tidak memberi sebarang respons kepada admin Selangor. Ini kerana ia melibatkan nama-nama dalam Selangor dan pihak stadium sendiri.

"Saya bukan sejenis suka petik nama orang yang akan mengeruhkan lagi keadaan. Cukup apa yang saya update di media sosial saya sahaja," kata Syuhada.

Oleh kerana tiada respons daripada Syuhada, Selangor, mengambil pendekatan untuk meletakkan isu tersebut dalam pemerhatian mereka buat masa ini.

Bercakap kepada Majoriti, wakil kelab memberitahu yang mereka tidak merancang mengeluarkan sebarang kenyataan dalam masa terdekat.

"Kami sedang melihat situasi (ini) dahulu. Jika ada kenyataan ia akan dimaklumkan," jawab wakil Selangor dengan ringkas.

Syuhada turut mengatakan yang dia tidak akan menyokong Selangor lagi apabila mereka beraksi di MBPJ pada masa akan datang.

"Jangan risau, saya TIDAK AKAN menyokong Selangor FC di Stadium MBPJ lagi. Semoga maju jaya untuk Selangor FC dan peminat-peminat SFC," tulis Syuhada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram