[VIDEO] Tak pernah berubah, fans England buat onar di Euro 2024


  • Podium
  • Isnin, 17 Jun 2024

Penyokong England bergaduh dengan peminat Serbia di Gelsenkirchen. — Agensi

TIDAK dinafikan, England merupakan antara pasukan utama yang sering dianggap sebagai calon juara setiap kali kejohanan Euro diadakan.

Malah, mereka begitu hampir untuk muncul juara pada edisi Euro yang lalu namun kecewa hampa apabila kalah kepada Itali dalam perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

Akan tetapi, penyokong England dilihat masih lagi 'juara' dalam urusan melakukan onar di luar padang. Seperti tidak pernah berubah, penyokong England dilihat sekali lagi melakukan masalah di tempat awam.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Grip' kepala lawan sebelum hentak ke padang, bintang Sepanyol terlepas hukuman siap jaringkan gol

BACA LAGI: Roy Keane balun bintang Liverpool lepas Scotland dibelasah Jerman

Dalam rakaman yang tular di media sosial, penyokong England dilihat terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan peminat Serbia di Gelsenkirchen, Jerman tempat perlawanan antara kedua-dua negara diadakan.

Dipercayai berlaku sebelum perlawanan antara kedua-dua pasukan pada Isnin, mereka bertembung di sebuah pub dengan saling membaling barang-barang seperti kerusi, cawan milik premis tersebut serta saling berbalas tumbukan antara mereka.

Pihak polis yang berada di tempat kejadian dilihat tidak mampu mengawal keadaan sebelum bantuan tiba untuk menahan mereka yang terlibat dalam pergaduhan.

Dilaporkan tiada kemalangan jiwa melibatkan penyokong kedua-dua pasukan, tetapi polis berjaya menahan beberapa individu yang dipercayai merupakan pendukung The Three Lions.

Kawalan pihak polis terhadap penyokong England dilihat lebih ketat berbanding negara lain kerana rekod mereka yang suka bergaduh setiap kali kejohanan antarabangsa diadakan.

Malah dalam satu rakaman lain, pihak polis bertindak mengawal setiap gerabak kereta api dengan mereka tidak membenarkan penyokong England menaiki pengangkutan awam jika ia turut dipakai peminat Serbia.

Penyokong England mungkin mempunyai kemenangan selepas jaringan Jude Bellingham memberikan kemenangan 1-0 mengatasi Serbia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram