PENYOKONG Selangor FC yang mendakwa dirinya menjadi mangsa layanan buruk oleh staf kelab, Nur Syuhada mengakui tidak lagi mahu mendukung gergasi bola sepak negara tersebut.
Pada Sabtu, Syuhada mengeluarkan kenyataan mengatakan dia dimalukan oleh pihak kelab semasa berada di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sewaktu Selangor berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super dan Piala FA.
Menurut Syuhada, dia berasa kesal dengan tindakan tersebut kerana diperlakukan seperti seorang penjenayah.
BACA LAGI: Dakwa dimalukan staf kelab, fan jelita Selangor luah rasa kecewa
BACA LAGI: Tak pernah menyesal', fans jelita Selangor FC kongsi detik berharga bersama pasukan kesayangan
Pada Ahad, Syuhada mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebook mengatakan pihak pengurusan Selangor menghubunginya berkenaan perkara tersebut.
Namun begitu, Syuhada memilih untuk tidak memberikan kerjasama terhadap kelab Liga Super tersebut.
"Pihak Selangor FC telah menghubungi saya melalui applikasi WhatsApp, saya tidak memberi sebarang respons kepada admin Selangor. Ini kerana ia melibatkan nama-nama dalam Selangor dan pihak stadium sendiri.
"Saya bukan sejenis suka petik nama orang yang akan mengeruhkan lagi keadaan. Cukup apa yang saya update di media sosial saya sahaja," kata Syuhada.
Ironinya, dalam kenyataan terdahulu, Syuhada ada memetik staf Selangor dikenali sebagai "Encik A" yang menurutnya, bertanggungjawab sebagai punca kepada isu tersebut.
"Saya sangat kecewa dengan Encik A yang telah memalukan saya," tulis Syuhada dalam kenyataan terdahulu.
Rentetan isu ini, Syuhada jelas kecewa dengan apa yang terjadi melibatkan dirinya dengan Selangor. Lantas, dia memilih untuk tidak menyokong Gergasi Merah di masa depan apabila mereka beraksi di MBPJ.
"Jangan risau, saya TIDAK AKAN menyokong Selangor FC di Stadium MBPJ lagi. Semoga maju jaya untuk Selangor FC dan peminat-peminat SFC," tulis Syuhada. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram