Dakwa dimalukan staf kelab, fan jelita Selangor luah rasa kecewa


  • Podium
  • Ahad, 16 Jun 2024

Syuhada mendakwa dia dimalukan oleh salah seorang staf Selangor FC. — Facebook/Nur Syuhada

SEORANG penyokong Selangor FC meluahkan rasa kesal selepas dia mendakwa dimalukan oleh salah seorang pekerja kelab tersebut ketika aksi Piala FA menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Sabtu.

Penyokong bernama Nur Syuhada itu mengatakan yang dia dimarahi serta dimalukan ketika berada di stadium. Selain itu, dia mendakwa staf tersebut mengarahkan pihak marshall untuk menahan serta menyoalnya jika bertemu di dalam stadium.

Syuhada berasakan yang dirinya diperbuat seperti seorang penjenayah oleh staf tersebut.

BACA LAGI: 'Tak pernah menyesal', fans jelita Selangor FC kongsi detik berharga bersama pasukan kesayangan

BACA LAGI: Lebih 6 tahun bersabar diganggu haters, penyokong tegar jelita Selangor akhirnya buat repot polis demi keselamatan

Dalam luahannya di Facebook, Syuhada mengatakan yang terdapat seorang staf Selangor FC meminta pihak marshall stadium itu menahannya. Dalam aksi Liga Super bertemu kelab serupa pada Mei lalu, Syuhada mengatakan dia dimarahi oleh pegawai stadium disebabkan individu yang sama.

"Semalaman saya menangis sebab fikir, kenapa salah seorang pekerja Selangor FC sanggup malukan saya dengan memberitahu pada marshall supaya tahan saya bila ada dalam Stadium MBPJ semalam (Sabtu).

"Game Liga Super, Selangor lawan Negeri Sembilan (pada) 26 Mei tu saya kena marah sampai saya menangis dalam stadium! Adakah saya seorang penjenayah? Saya ada bawa bom ke? Saya ada bawa asid ke? Atau kalau saya ada dalam Stadium MBPJ, semua orang dalam tu akan mati?

"Kenapa harus saya seorang yang nak ditengok dan diperhatikan? Orang lain pun ada juga! Salah ke rakam moment di dalam stadium? Adakah itu satu jenayah yang boleh meragut nyawa orang ramai?," soal Syuhada.

Syuhada meluahkan rasa kecewanya kerana seorang staf kelab yang dikenali sebagai "Encik A" menjadi punca kenapa mengalami pengalaman buruk di Stadium MBPJ.

Katanya sebagai penyokong tegar Gergasi Merah, dia amat kecewa kerana semangatnya terhadap kelab dibalas semula dengan layanan tidak baik.

"Saya sangat kecewa dengan Encik A yang telah memalukan saya. Bukan setakat di Stadium MBPJ, Stadium Darul Aman pun saya kena walaupun saya ada pas all access dari Kedah Darul Aman FC.Tapi saya diamkan saja, ikutkan apa dia nak. Sebab malas nak bising-bising.

"Saya sangat-sangat kecewa dan sedih kerana pengorbanan selama ini dengan menyokong pasukan kesayangan saya, tidak dipedulikan bahkan memalukan saya lagi.

Majoriti sudah menghubungi Syuhada untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi masih belum memperoleh sebarang maklum balas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram