PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya membawa pulang gelaran kedua untuknya musim ini apabila berjaya menjuarai Terbuka Australia.
Turun berdepan wakil Jepun, Kodai Naraoka yang merupakan pemain pilihan kedua kejohanan, Zii Jia berjaya muncul juara dalam perlawanan cukup sengit.
Bertarung dalam tiga set, Zii Jia berjaya menewaskan Naraoka dengan keputusan 21-19, 11-21 dan 21-18 dalam tempoh 78 minit.
BACA LAGI: Lee Zii Jia bangkit dari ketinggalan, mara ke final Terbuka Australia
BACA LAGI: Lee Zii Jia buat keputusan tepat, jadi bintang tunggal negara sertai Terbuka Australia
Ia merupakan kejuaraan kedua Zii Jia pada musim ini selepas berjaya memenangi Terbuka Thailand pada Mei.
Cerita berbeza dirakamkan buat gandingan beregu wanita negara yang turut beraksi di perlawanan akhir.
Gandingan Lim Chiew Sien-Lai Pei Jing meraih tempat kedua selepas tumpas kepada pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi dalam tiga set.
Lim Chiew Sien-Lai Pei Jing muncul naib juara Terbuka Australia. — BAM
Memenangi set pertama 21-12, momentum tersebut tidak dapat disambung gandingan negara apabila mereka kalah mudah di set kedua 7-21.
Set ketiga menyaksikan gandingan Indonesia itu terus menunjukkan kualiti mereka dengan Kusuma-Pratiwi memenangi perlawanan dengan keputusan 13-21 dalam masa 73 minit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram