KEHANGATAN saingan Euro 2024 semakin terasa dengan beberapa perlawanan sudah dilangsungkan.
Dengan tuan rumah, Jerman membuka kejohanan dengan kemenangan besar 5-1 terhadap Scotland, aksi-aksi menarik yang lain turut disajikan dalam perlawanan antara Switzerland-Hungary serta Itali-Albania.
Satu lagi aksi menarik adalah melibatkan Sepanyol dan Croatia. Dalam perlawanan diadakan pada Ahad, skuad La Roja menunjukkan penguasaan hebat dengan berjaya menewaskan naib juara Piala Dunia 2018 itu dengan keputusan 3-0.
BACA LAGI: Kem Jerman bergolak sebelum Euro 2024, 2 tonggak hampir gaduh besar ketika latihan
BACA LAGI: Tahu kemampuan semasa, bekas pengendali Man United pilih Portugal jadi juara Euro 2024
Skuad kendalian Luis de la Fuente itu mudah menghasilkan tiga gol dengan Alvaro Morata, Fabian Ruiz serta Dani Carvajal semuanya menggegar jaring pada separuh masa pertama.
Namun begitu, kemenangan tersebut dibayangi dengan insiden di mana Carvajal bertindak kasar terhadap pemain lawan iaitu Lovro Majer.
Dalam sebuah rakaman mendapati Carvajal sedang mengawal Majer ketika situasi sepakan penjuru. Ketika itu, Carvajal bertindak ganas dengan menghentak kepala Majer sehingga pemain itu tersembam ke tanah.
Pemain pertahanan Real Madrid itu melakukan grip terhadap Majer sebelum menghentaknya ke rumput padang. Dalam video itu juga menyaksikan Majer mengerang kesakitan akibat perbuatan Carvajal itu.
Tindakan keras Carvajal itu bagaimana pun tidak dihukum oleh pengadil perlawanan iaitu Michael Oliver. Malah, ia turut tidak disemak oleh video bantuan pengadil (VAR) dan Carvajal menamatkan perlawanan itu tanpa mengutip sebarang kad.
Ia menimbulkan keraguan dalam penyokong yang menonton perlawanan tersebut kerana kualiti pengadilan yang kurang memuaskan ditonjolkan oleh Oliver. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram