SEPANJANG kewujudan permainan video bola sepak, lazimnya ia hanya tertumpu kepada cerita di tengah padang.
Oleh itu, muncul permainan seperti EA FC dan eFootball yang sering bersaing sesama sendiri sejak mereka dikenali sebagai FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES) lagi.
Tetapi, dunia permainan bola sepak akan melihat evolusi dengan kemunculan Copa City.
BACA LAGI: Pecahkan dominasi JDT antara 3 contoh cabaran 'save' Liga Malaysia di Football Manager
BACA LAGI: 'No console no problem', kaki bola boleh layan 3 games hanya guna telefon pintar
Apa itu Copa City?
Copa City merupakan permainan bola sepak baharu yang bakal menemui semua pada 2025. Tetapi, ia dilihat berbaloi untuk ditunggu bagi mereka yang sudah biasa dengan permainan perancangan bandar seperti City Skylines dan SimCity.
Hal ini kerana, Copa City akan memberikan pengalaman kepada pemain untuk menjadi perancang bandar tetapi bagi kawasan yang menganjurkan perlawanan bola sepak. Menurut pembuat permainan ini iaitu Triple Espresso, ia membolehkan anda menjadi seorang taikun bandar bola sepak.
Dalam video pengenalanan dikeluarkan mereka, pemain perlu melakukan perancangan dari seminggu sebelum hari perlawanan diadakan. Ini termasuklah melakukan promosi, mengatur pergerakan logistik serta keselamatan.
Pemain perlu melakukan promosi di serata bandar untuk mengajak penyokong memenuhi stadium pada hari perlawanan diadakan. Selain itu, pemain perlu membina fan zone untuk membina hype sbelum hari perlawanan tiba.
Faktor keselamatan adalah paling penting, pemain perlu merancang pergerakan para penyokong untuk masuk ke dalam stadium. Pemain perlu pastikan dua kumpulan penyokong tidak bertembung sesama sendiri untuk mengelak daripada kejadian tidak diingini berlaku.
Ini termasuklah meletakkan polis di tempat kawasan-kawasan tertentu serta menutup beberapa jalan dan mengawal trafik.
Pemain perlu membina fan zone untuk merancakkan lagi hari perlawanan. — Copa City
Apakah mod yang ada?
Menurut Triple Espresso, terdapat tiga jenis mod permainan yang menanti para pemain apabila Copa City berada di pasaran.
Tiga mod tersebut adalah Campaign, Challenge dan Single Match dan semuanya membawa cabaran berbeza.
Dalam mod Campaign, pemain perlu menganjurkan perlawanan sambil memastikan segala pergerakan dan kelancaran acara berjalan dengan baik. Apabila satu-satu cabaran berjaya diatasi, pemain akan dapat unlocked peringkat baharu yang lebih sukar.
Mod Campaign ini khas bagi mereka yang tidak biasa bermain permainan seperti ini tetapi begitu minat dengan bola sepak.
Keselamatan penyokong amat penting ketika hari perlawanan. — Copa City
Untuk Challenge pula, pemain diberi pilihan pelbagai senario untuk diselesaikan bagi memastikan misi berjaya. Lebih menarik, pemain hanya diberi masa selama satu jam untuk menyelesaikan segala tugasan diberikan.
Mod Challenge ini sesuai buat mereka yang ingin bermain secara masa yang singkat tetapi masih dapat menikmati seluruh proses sebuah permainan taikun bola sepak.
Untuk Single Match pula, ia sesuai untuk otai dalam permainan bercorak sebegini. Dalam mod ini, pemain dibenarkan memilih mana-mana bandar, pasukan dan corak ekonomi (economic setup).
Copa City bakal hadir dengan enam kelab ternama dunia serta tiga bandar bola sepak yang boleh dimainkan para pemain.
Setakat ini, mereka cuma mengumumkan Arsenal, Bayern Munich dan Flamengo dengan tiga lagi kelab akan muncul kemudian. Untuk bandar pula, kota Warsaw di Poland antara satu daripada tiga yang akan muncul dalam Copa City. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram