Saya tak dapat sayang, peluk anak — Faisal Halim


  • Podium
  • Khamis, 13 Jun 2024

Faisal sudah muncul di sidang media khas di Shah Alam pada Khamis.

'SAYA masih tak dapat peluk anak walaupun depan mata.'

Itu luahan Faisal Halim mengulas tentang kesan kes serangan asid terhadap hubungan keluarga terutama anaknya.

Sejak menjadi mangsa simbah asid pada awal Mei, Faisal terpaksa tidur bersendirian serta perlu diasingkan.

BACA LAGI: 'Rela kerja kampung gaji RM50, janji keluarga selamat', Faisal Halim sebak di sidang media

BACA LAGI: Faisal Halim nampak lain, tidak seperti dulu

Malah ketika di hospital, hanya isteri Faisal dibenarkan untuk bersama dengannya untuk menguruskan hal peribadi pemain tersebut. Namun, isterinya masih perlu tidur berasingan dengannya.

Hakikat yang menyakitkan itu jelas terpaksa ditanggung pemain sayap kebangsaan tersebut. Walaupun terpaksa berjauhan daripada jarak yang dekat dengan yang tersayang, namun ia tidak melunturkan semangatnya.

Faisal berkata, anaknya yang masih itu adalah sumber kekuatan dalam dia menempuh cabaran yang dianggap paling besar dalam hidupnya.

Pemain sayap itu berkata kepada media dalam satu sidang khas diadakan di Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Khamis.

Faisal turut mengatakan kepada media yang jiwanya meronta-ronta dan tidak sabar untuk kembali beraksi. Malah, pemain tersebut meletakkan sasaran untuk beraksi selepas satu atau dua bulan.

Pemain kebangsaan itu masih lagi ditempatkan di lokasi rahsia bagi memastikan keselamatan Faisal dan keluarga berada dalam tahap terbaik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram