[VIDEO] 'Orang kuat' The Rhinos persoal royalti jersi, fans khuatir penaja utama Sabah FC angkat kaki


  • Podium
  • Rabu, 12 Jun 2024

Sebahagian sesi latihan Sang Badak menjelang saingan Piala FA 2024 berdepan KL Rovers pada 15 Jun nanti. — Facebook/Sabahfc

BARU-BARU ini, isu stok jersi Sabah FC mencuri tumpuan penyokong Sang Badak apabila difahamkan sukar didapati di negeri Sabah.

Ia selepas permintaan tinggi daripada penyokong Sang Badak yang mahu memiliki jersi kesayangan pasukan mereka.

Bercakap mengenai permintaan jersi yang terlalu tinggi daripada fans, Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid mendedahkan bahawa stok jersi Sang Badak ketika ini dipegang oleh penaja utama iaitu Lotto.

BACA LAGI: 'Ayah orang Tawau', Joshua Laws calon terkini pemain warisan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Biar dia selesaikan misi', ekor Harimau Malaya mahu FAM kekalkan Kim Pan-gon

Menerusi satu sesi podcast daripada Kinabalu Podcast, Joh mendedahkan bahawa stok jersi Sabah ketika ini dipegang oleh Al-Ikhsan yang bertapak di Kuala Lumpur.

"Kita berhadapan dengan bekalan stok yang dikendalikan oleh Lotto kerana jersi tersebut belum boleh didapati di Sabah dan hanya dijual di Al-Ikhsan yang based di Kuala Lumpur," katanya menerusi episod Cerita Dalam Selimut Sabah FC.

Selain itu, terdapat juga isu berbangkit kini dihadapi oleh Sabah yang mana pengurusan kelab itu mempersoalkan keuntungan yang diraih oleh Lotto.

Dalam podcast tersebut, Joh sempat mendedahkan bahawa Sabah tidak meraih keuntungan ketika ini memandangkan Lotto masih memegang stok jersi.

"Kalau kita yang jual jersi tersebut, Sabah akan dapat 50 peratus keuntungan dan ia pastinya sesuatu yang baik untuk pasukan.

"Tapi memandangkan Lotto yang pegang stok jadi Sabah hanya dapat royalti sebanyak 10 peratus," jelasnya.

Tindakan Joh persoalkan isu royalti pastinya boleh mengundang rasa kurang senang daripada penaja dan kebarangkalian untuk mengambil keputusan angkat kaki dari menaja Sabah itu ada.

Sebelum ini, Sabah FC menjalin kerjasama dengan jenama sukan terkemuka, Lotto sebagai penyedia jersi pasukan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2024/2025.

Pemilihan Lotto sebagai penaja utama sejak 2021 itu mengambil kira reka bentuk, kualiti dan fabrik jenama itu yang sesuai dengan cuaca dan cita rasa penyokong serta peminat Sabah FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram