Berdua lebih baik, gandingan duo Pahang, Selangor kian dilupakan lepas capai Misi 33 dan 'double'


  • Podium
  • Selasa, 11 Jun 2024

Rahman (kiri) dan Stewart (kanan) merupakan kereta kebal Sri Pahang satu ketika dulu. — Agensi

DI Liga Malaysia (Liga-M), kita dapat saksikan banyak gandingan pemain yang hebat pernah mewarnai bola sepak kita.

Daripada gandingan Baddrol Bakhtiar-Khyrill Muhymeen kepada Badhri Radzi-Shakir Shaari dan seterusnya Bergson da Silva-Fernando Forestieri, senarainya kalau ikutkan memang tak akan habis.

Itu adalah gandingan yang selalu kita dengar, tapi sebenarnya masih ada nama-nama yang tercicir hingga ramai terlupa sebenarnya mereka pernah menggegarkan Liga-M.

BACA LAGI: Selangor FC cari jalan terbaik, Faisal Halim dapat kembali beraksi musim ini

BACA LAGI: Menang 9-0 aksi persahabatan, pilih Kampung Ku FC sebagai 'sparring partner' Sri Pahang undang kecaman

1. Shahrom Kalam-Robert Cornwhaite (Selangor FC)

Dua nama ini merupakan nadi penting kepada kejayaan Selangor FC dalam memastikan Misi 33 berjaya diraih pada 2015.

Gandingan pertahanan tempatan dan Australia ini memberikan kestabilan buat Selangor yang mengalami masalah di posisi tersebut pasca kejuaraan Liga Super mereka pada 2010.

Ketenangan Shahrom serta kerasnya Cornwhaite jelas membantu Norazlan Razali di pintu gol Selangor untuk memastikan pihak lawan tidak mudah membocori gawang.

Hasilnya, Misi 33 berjaya direalisasikan dengan Selangor memperoleh Piala Malaysia hasil kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC.

shahrom-kalam-7f27b5d4-d705-46cf-b720-31ddf7bdeb4-resize-750

Shahrom (kanan) merupakan pertahanan kental Selangor pada pertengahan 2010-an. — Agensi

2. Rezal Zambry Yahya-Hairuddin Omar (ATM)

Ini merupakan gandingan box-office yang dilupakan. Ketika awal 2010-an, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul pencabar hebat dengan mereka membawa ramai pemain bintang termasuklah Rezal Zambry Yahya dan Hairuddin Omar.

Gandingan dua pemain ini nyata menjadi hinggakan ATM muncul pencabar hebat kepada setiap kejuaraan domestik pada waktu tersebut.

Kemuncaknnya adalah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 apabila ATM cuba menafikan Kelantan FC dengan gelaran treble. Walaupun tentangan sengit diberikan tetapi mereka kecundang juga menerusi gol pada masa tambahan oleh Indra Putra Mahayuddin.

Pasti ramai yang tidak dapat lupakan ketika itu nama mereka pada jersi tertera "RZY" dan "Hai-O".

atmteam

Barisan penuh bintang ATM pada awal 2010-an. — Agensi

3. Damion Stewart-Zesh Rahman (Sri Pahang FC)

Gandingan pertahanan import itu ketika hari cemerlangnya, mampu menewaskan sesiapa saja yang cuba menggempur pintu gol Tok Gajah.

Pasangan Damion Stewart-Zesh Rahman cukup ampuh dalam membantu kemenangan Sri Pahang pada pertengahan 2010-an apabila mereka berjaya merangkul Piala Malaysia serta Piala FA.

Kualiti serta fizikal tegap dimiliki kedua-dua pertahanan import tersebut sememangnya menggerunkan pihak lawan. Malah, mereka sendiri pernah memberikan kecederaan teruk buat bekas pemain Kedah, Namkung Woong ketika separuh akhir Piala Malaysia.

Gandingan Stewart-Rahman boleh dikatakan sebagai penanda aras kepada contoh pasangan pertahanan tengah berkualiti di Liga-M. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram