JURULATIH Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberikan bayangan jelas yang dia mahu para pemainnya bermain bermati-matian dalam perlawanan menentang Taiwan.
Malaysia turun menentang Taiwan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bukit Jalil pada Selasa dengan misi perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lapan gol tanpa balas bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, dia mahu mendominasi perlawanan seawal wisel permulaan dengan dia bersedia mengambil risiko memastikan kemenangan buat Malaysia. — Majoriti
BACA LAGI: Jurulatih Taiwan cabar ‘ekor’ Harimau Malaya penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil
BACA LAGI: Dion Cools gesa Harimau Malaya ubah mentaliti, raih kemenangan besar berdepan Taiwan
Bercakap dalam sidang media pra perlawanan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Pan-gon mengatakan yang dia bersedia untuk mengambil risiko untuk memastikan misi mendapatkan jaringan besar terlaksana.
"Kami perlu menang besar untuk selamatkan diri, sekurang-kurangnya dengan tujuh jaringan. Sebab itu kami mengharapkan aksi di laman sendiri (untuk capai misi).
"Siapa-siapa yang datang ke Bukit Jalil memang tidak akan senang, kami akan berusaha mendominasi perlawanan," ujar Pan-gon.
Kata Pan-gon lagi, perlawanan ini adalah lebih penting buat Malaysia kerana Harimau Malaya masih punya misi untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia manakala Taiwan sudah tiada apa hendak dikejar.
Dalam masa yang sama, Pan-gon turut mengatakan aura Bukit Jalil pasti akan menggerunkan setiap lawan yang hadir termasuklah Taiwan.
Pada hemat Pan-gon, kebanjiran peminat dan sokongan padu Ultras Malaya yang sentiasa mendukung skuad kebangsaan pastinya akan membantu Malaysia dalam meraih kemenangan bertemu Taiwan.
Secara matematiknya, Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya tujuh gol tanpa balas bertemu Taiwan sambil mengharapkan Republik Kyrgyz kalah dengan jaringan besar kepada Oman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram