Gara-gara tiada visa, skuad Pahang kena 'sidai' di Indonesia sebelum dapat kemenangan percuma


  • Podium
  • Isnin, 10 Jun 2024

Sri Pahang peroleh kemenangan percuma menentang Persipura Jayapura di Piala AFC. — Agensi

KEMPEN Piala AFC pada musim 2015 mempunyai kisahnya yang tersendiri buat wakil Malaysia. Ketika itu, Malaysia diwakili oleh Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Mungkin ramai yang mengingati kisah bagaimana JDT menjadi kelab Malaysia pertama memenangi Piala AFC pada musim itu. Tetapi, Sri Pahang turut mempunyai kisah tersendiri.

Sri Pahang menempuh detik sukar ketika pusingan 16 pasukan terbaik berdepan Persipura Jayapura selepas mereka 'disidai' dekat lapangan terbang sewaktu di Indonesia.

BACA LAGI: Menang 9-0 aksi persahabatan, pilih Kampung Ku FC sebagai 'sparring partner' Sri Pahang undang kecaman

BACA LAGI: 'Sekejap sahaja dah besar', anak ex import Perak kini prospek masa depan Sri Pahang

pahang-fa_20150524_160247

Skuad Sri Pahang merupakan wakil Malaysia di Piala AFC pada 2015. — Agensi

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Banten pada 23 Mei, skuad Sri Pahang mengalami kesukaran selepas beberapa pemain tidak melepasi pemeriksaan oleh pihak imigresen.

Pemain-pemain seperti Dickson Nwakaeme, Damion Stewart serta Zesh Rahman antara yang ditahan kerana tidak mempunyai visa untuk memasuki negara tersebut.

Mengikut peraturan ditetapkan oleh kerajaan Indonesia, rakyat daripada negara tertentu perlu mempunyai pasport dan visa. Sebagai rekod, rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk memasuki Indonesia.

Disebabkan itu, kesemua skuad Sri Pahang kemudiannya memilih untuk bermalam di lapangan terbang untuk bersama-sama pemain yang mempunyai masalah visa.

Pengurusan Sri Pahang nyata kecewa dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang langsung tidak memberikan bantuan kepada mereka ketika perkara tersebut berlaku.

Kesudahannya, mereka pulang semula ke Malaysia pada keesokannya dan melakukan aduan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai perkara tersebut.

Hasil aduan tersebut, AFC memberikan kemenangan 3-0 kepada Sri Pahang selepas surat diutuskan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ketika itu iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Pihak AFC telah mengesahkan yang Pahang diberikan kemenangan 3-0 secara walkover ke atas Persipura Jayapura dalam pusingan 16 pasukan terbaik pada Mei," kata Hamidin.

Melangkah ke hari ini, segalanya berubah dengan Nwakaeme, Stewart dan Rahman sudah tidak lagi bersama Sri Pahang. Malah, Tok Gajah juga bukan menjadi wakil Malaysia di Asia.

Sementara Hamidin pula menjadi Presiden FAM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram