'Sekejap sahaja dah besar', anak ex import Perak kini prospek masa depan Sri Pahang


  • Podium
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Ibrahim (kanan) ketika meraikan jaringan menentang Penang III dalam perlawanan Piala Presiden pada Khamis lalu.

PASUKAN Sri Pahang FC kini sudah menjumpai permata baharu selepas anak bekas pemain import Perak, Abdulafees Abdulsalam iaitu Ibrahim Abdulafees membantu skuad Piala Presiden Tok Gajah menewaskan Penang FC III dengan keputusan 1-0 pada Khamis lalu.

Pemain muda Pahang itu turut menghadiahkan kemenangan pertama Tok Gajah dalam Piala Presiden selepas mereka mengharungi tujuh perlawanan.

Jaringan Ibrahim pada minit ke-55 permainan sudah cukup untuk skuad muda Tok Gajah mengutip tiga mata berharga di halaman sendiri.

BACA LAGI: [VIDEO] Karier 11 tahun 'top scorer' Piala AFCON 2024 punah angkara tidak diiktiraf FIFA

BACA LAGI: [VIDEO] 'Boyhood' Matt Davies boleh ulangi skrip sertai Sri Pahang

Ibrahim

Ibrahim menjaringkan gol tunggal untuk memastikan Sri Pahang III mengutip tiga mata penuh.

Melihat kebangkitan skuad pelapis Tok Gajah itu, penyokong-penyokong teruja apabila anak Abdulafees Abdulsalam berjaya membantu skuad Presiden mengutip tiga mata pertama.

"Teruskan usaha, semoga menjadi lebih baik. Pelapis muda Sri Pahang jangan diabaikan.

"Ada potensi untuk maju ke depan, pengurusan harus pantau pemain yang berbakat jangan sampai berputih mata di hujung cerita," kata Sa'ari Zulkifli.

"Alhamdulillah jaga baik-baik sebab ada yang memerhatikan," ujar Anuar Ruzaini.

"Terbaik anak Afees (Abdulafees) ini sekejap sahaja dah besar dulu selalu main dengan penduduk dekat Taman Wahyu Selayang," jelas Ayaq Leleh.

"Ayah dia dulu pernah main dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perak," kongsi Ah Med.

Abdulfees Abd Salam

Ketika aksi Abdulafees (kiri) beraksi bersama ATM pada 2015.

Untuk info, Abdulafees pernah beraksi bersama Perak pada musim 2012 hingga 2014 sebelum menyertai ATM tahun berikutnya.

Bersama Perak, pemain kelahiran Lagos, Nigeria itu menjaringkan 21 gol dalam 33 penampilan dan pernah menyarung jersi skuad Super Eagles pada 2005.

Selepas beraksi dengan ATM, Abdulafees telah memilih untuk menetap di Malaysia dan mengahwini wanita tempatan dan mempunyai empat orang anak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram