Larian pantas Azeem Fahmi tuai pingat emas di Amerika Syarikat


  • Podium
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Azeem (kiri) berpelukan dengan rakan sepasukannya selepas meraih pingat emas di Amerika Syarikat.

PELARI pecut kebangsaan, Azeem Fahmi mencipta sensasi apabila meraih kejuaraan dalam kejohanan olahraga di Amerika Syarikat.

Mewakili Auburn University di NCAA Championship, Azeem berjaya meraih pingat emas dalam acara 4x100meter kategori lelaki pada Jumaat.

Azeem mencatatkan masa selama 38.03 saat bersama-sama rakan kuartetnya iaitu Kansyola Ajayi, Makanakishe Charamba, dan Dario Matau.

BACA LAGI: 'Mama, abah...this is for you', Azeem Fahmi hadiahkan gangsa buat ibu bapa

BACA LAGI: Misi catat bawah 10s di Bangkok, peluang Azeem rebut tiket Olimpik Paris 2024

Sebagai rekod, ini merupakan rekod terbaik yang dicatatkan oleh kuartet universiti tersebut dengan pada musim ini. Di belakang mereka adalah Lousiana State University (LSU) dengan catatan masa 38.21 saat sementara Houston di tempat ketiga, mencatatkan 38.25 saat.

Malah, catatan masa yang dicatatkan oleh mereka adalah yang ketiga terbaik dalam sejarah olahraga peringkat universiti di seluruh Amerika Syarikat.

Catatan 38.03 saat itu di belakang Lousiana State University (LSU) yang memperoleh 37.90 saat dan Florida dengan 37.93 saat. Kedua-dua rekdo itu terhasil pada tahun lalu. — The Star/S. SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram