BARU-baru ini, nama Azman Adnan menjadi perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepadanya yang mengalami masalah kesihatan.
Bantuan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi adalah untuk membantu Azman yang kini sedang menderita sakit tulang kaki.
Azman dilaporkan memerlukan rawatan fisioterapi untuk memastikan tahap kesihatannya tidak lagi merosot.
BACA LAGI: Menderita sakit tulang kaki, Azman Adnan terima sumbangan PM Anwar
BACA LAGI: Pertukaran taktikal hak Kim Pan-gon — Legenda Harimau Malaya
Azman (tengah) merupakan legenda bola sepak Selangor dan Malaysia.
Melihat kepada keadaan Azman, timbul persoalan, adakah bekas pemain bola sepak kebangsaan itu tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak sepatutnya?
Jawapannya adalah ya. Azman sebenarnya menerima bantuan oleh pihak Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (Yakeb) kerana dia adalah ahli berdaftar entiti tersebut.
Menurut Pengurus Besar Yakeb, Zuhairi Abdul Manaf, Azman ada menerima elaun hasil daripada aturan yayasan tersebut yang membantunya muncul dalam beberapa program.
"Kami cuma bantu-bantu dengan jemput dia sebagai tetamu ke program-program. Jadinya, dengan kehadirannya itu, dia akan memperoleh elaun," kata Zuhairi kepada Majoriti.
Namun begitu, Zuhairi mengesahkan yang pihak Yakeb tidak ada memberikan bantuan terkini kepada Azman. Hal ini kerana, setiap bantuan perlu dipohon oleh ahli kerana ia adalah proses yang ditetapkan.
Ia termasuk jika Azman ingin mendapatkan bantuan rawatan bagi mengubati sakit tulang kakinya.
"Semua bantuan memang kena ada permohonan. Hal ini kerana, dari permohonan itulah kita akan proses semuanya.
"Caranya mudah saja, Azman hanya perlu tulis surat kepada kami," ujar Zuhairi.
Sebagai rekod, Azman pernah menerima tiga jenis bantuan pada 2023 iaitu sumbangan barangan elektrik, skim bantuan bencana alam serta bantuan kewangan secara penyertaan menerusi program anjuran Yakeb.
Semua jenis bantuan itu adalah bersifat sekali bayar atau one-off. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram