KELAB Liga Super, Perak FC mempunyai set penjaga gol yang cukup berkualiti pada musim ini.
Bagi saingan 2024/2025, Perak mempunyai Ramadhan Hamid, Firdaus Irman Fadhil serta Haziq Nadzli yang dipinjam dari Johor Darul Ta'zim (JDT).
Bagi Yusri Che Lah, dia jelas dilimpahi dengan kualiti di posisi tersebut dan tidak gusar untuk menurunkan sesiapa pun pada hari perlawanan.
BACA LAGI: 'Selamat tinggal Piala Dunia', peliknya friendly HM lawan Perak sekadar 70 minit
BACA LAGI: Tiada tempat dalam Perak, tahu-tahu bek Seladang turun pangkat main Liga M3
Akan tetapi, apabila dilimpahi dengan kualiti, pastinya jurulatih itu sedikit pening untuk menurunkan siapa ketika perlawanan. Hal ini kerana, hanya seorang saja boleh diturunkan setiap kali Perak bermain.
Buat masa sekarang, Ramadhan merupakan penjaga gol paling menyerlah antara mereka bertiga. Sebelum liga berehat, dia berjaya mencatatkan nirbolos (clean sheet) ketika kemenangan 2-0 menentang Kedah Darul Aman FC.
Disebabkan itu, Ramadhan mahu meneruskan rentak cemerlang apabila liga bermula semula, tetapi dia sedar keperluan untuk terus mempamer persembahan baik untuk mengekalkan tempatnya.
"Saya dan Haziq tiada apa-apa isu, kami cuma ingin adakan persaingan sihat. Bukan itu saja, kami juga faham apa perancangan jurulatih dan kenapa dia mahu tiga penjaga gol berkualiti dalam skuadnya.
"Kami bertiga mahukan minit permainan kerana apabila kami bermain dengan lebih kerap, keyakinan akan meningkat dan kami akan menjadi lebih baik. Tapi jurulatih ada juga beri bayangan yang dalam perlawanan tertentu, dia mahu lakukan penggiliran pemain, dan saya boleh terima perkara itu," kata Ramadhan.
Ramadhan dijangka akan diturunkan sekali lagi apabila Perak berdepan Terengganu FC dalam saingan Piala FA selepas rehat bola sepak antarabangsa tamat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram