Terbuka Indonesia: Persembahan cemerlang Kian Men-Pei Jing terhenti di separuh akhir


  • Podium
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terkandas di separuh akhir Terbuka Indonesia.

GANDINGAN beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tidak berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Indonesia selepas kalah kepada beregu China iaitu Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dengan keputusan 16-21, 18-21.

Dalam aksi yang diadakan di Istora Senayan, Jakarta, gandingan beregu itu gagal mara ke perlawanan akhir selepas aksi yang memakan tempoh masa 39 minit.

Menentang pilihan kelima kejohanan, jelas sekali tugas sukar menanti Kian Meng-Pei Jing yang berjaya mencipta prestasi baik sehingga sampai ke peringkat separuh akhir.

BACA LAGI: Terbuka Indonesia: Jadi mangsa scam tak halang Pei Jing muncul semi finalis, skrip berbeza menimpa Zii Jia dan Jun Hao

BACA LAGI: Terbuka Indonesia: Jun Hao malukan pemain no.3 dunia depan penyokong tuan rumah

447864669_18257997985218462_3757591687043068556_n

Pencapaian baik ditonjolkan oleh Kian Men-Pei Jing di Terbuka Indonesia.

Namun begitu, mereka tidak mampu untuk menandingi kehebatan beregu China tersebut apabila dilihat tidak berada pada tahap terbaik ketika aksi separuh akhir diadakan.

Di set pertama, gandingan negara tidak cukup 'panas' lagi untuk memberikan saingan hinggakan mudah buat pasangan China itu meraih kemenangan.

Memasuki set kedua, Kian Men-Pei Jing mula meningkatkan prestasi mereka hingga berjaya mendahului perlawanan. Namun begitu, mereka berjaya dikejar pada kedudukan 14-14 sebelum Zhen Bang-Ya Xin berjaya memintas.

Gandingan negara bagaimana pun berjaya mengheret permainan sehingga ke mata 18-20 namun unforced error daripada Pei Jing yang memukul bulu tangkis ke arah jaring mengesahkan kemenangan buat pasangan China itu.

Di perlawanan akhir, gandingan China itu akan berdepan rakan senegara iaitu Zheng Si Wei-Huang Yi Qiong selepas mereka menewaskan pasangan Thailand, Dechapool Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dengan keputusan 21-16, 21-17. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram