'Ingat, Malaysia pernah bangkit benam Kyrgyzstan di Bukit Jalil'


  • Podium
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Malaysia perlu menang besar ke atas Chinese Taipei untuk mara ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia.

PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengharapkan keajaiban akan memihak Malaysia pada aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Chinese Taipei.

Akan turun di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa, Harimau Malaya wajib menang sekurang-kurangnya lima gol tanpa balas sambil mengharapkan Republik Kyrgyz kalah kepada Oman.

Itu saja situasi yang boleh diharapkan akan berlaku kepada Malaysia selepas sekadar seri bertemu Republik Kyrgyz di tempat lawan.

BACA LAGI: Lawan Malaysia sekadar perlawanan biasa — Joel Kojo

BACA LAGI: Tempang berdepan Republik Kyrgyz tanpa nama biasa, Engku Shakir, Haqimi boleh muncul hero Harimau Malaya

447901946_1163033971436504_6469221078669135815_n

Kim Pan-gon.

Pan-gon jelas mengharapkan akan ada keajaiban memihak Malaysia pada perlawanan terakhir di laman sendiri. Beraksi depan ribuan ekor Harimau Malaya, ia membolehkan segalanya untuk berlaku.

Malah, Pan-gon turut mengingatkan media Republik Kyrgyz yang mereka sendiri pernah menjadi mangsa bahaman Harimau Malaya ketika datang ke Bukit Jalil.

"Kami sedar kelebihan besar yang dimiliki Kyrgyzstan tapi saya yakin kami boleh jaringkan lebih daripada lapan gol di laman sendiri. Kami ada kelebihan.

"Pasukan anda (Republik Kyrgyz) bolos empat gol ketika menentang kami di Bukit Jalil pada tahun lepas. Saya harap anda masih ingat.

"Kami percaya kami boleh hasilkan sesuatu yang istimewa. Siapa tahu? Kyrgyzstan juga mungkin kalah teruk bertemu Oman," kata Pan-gon.

Walaupun ramai yang berasakan peluang Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia boleh dikatakan sudah tertutup, tetapi Pan-gon belum lagi mahu mengalah.

Padanya, dalam bola sepak apa saja boleh terjadi dan dengan satu perlawanan saja boleh mengubah nasib Harimau Malaya.

"Macam mana pun, kami akan berjuang sehingga ke akhirnya. Kami mungkin menang 8-0 dan anda kalah 0-2, dan kami layak.

"Kami pernah belasah pasukan yang lebih tinggi ranking berbanding kami iaitu ketika bertemu Papua New Guinea dengan jaringan 10-0 dalam aksi persahabatan tahun lalu.

"Jadi, semuanya belum berakhir lagi kerana dalam bola sepak, semua boleh berlaku," ujar Pan-gon. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram